Expired : 18.06.18

PAS Tawau hulur sumbangan awal kepada mangsa kebakaran Kg Tawau Lama



Oleh : ANNA TAN


TAWAU 9 April. – Nasib 18 keluarga mangsa kebakaran Kg Tawau Lama , Lorong Masjid At Taqwa mendapat perhatian PAS Kawasan Tawau , di sini , petang tadi.



Melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan ( LKKP) PAS Tawau telah menghulurkan sumbangkan awal beberapa keperluan berupa nasi tapau , air minuman , biskut dan tudung kepada mangsa-mangsa.



Menurut wakil LKK PAS Tawau, Ustaz Riduwan Sirajudin, PAS Tawau akan turun kali kedua untuk menyampaikan sumbangan susulan kepada para mangsa dalam waktu yang terdekat.



Beliau berharap dengan sedikit sumbangan awal yang diberikan dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh para mangsa.



” Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang, dan saya amat mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai untuk kita sampaikan kepada mangsa nanti.


” Sekiranya orang ramai ingin menyumbang kepada mangsa , bolehlah menghubungi saya di no 019 530 6992″.


Pada kejadian pagi kelmarin, 9 buah rumah telah terbakar, 5 daripadanya hangus 100 peratus.


Manakala para mangsa yang terdiri dari orang tua dan kanak-kanak itu kini di tempatkan sementara di Masjid At Taqwa kampung tersebut.



The post PAS Tawau hulur sumbangan awal kepada mangsa kebakaran Kg Tawau Lama appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop