Expired : 18.06.18

Pasport diplomatik Shafee Abdullah dibatalkan


KUALA LUMPUR, 20 Safar 1440H, Isnin – Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mengesahkan, pasport diplomatik yang diberikan kepada peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sudah dibatalkan pada 19 September lalu.


Beliau berkata, pasport diplomatik itu diberikan kepada Shafee untuk memudahkan beliau menjalankan tugas sebagai wakil rasmi negara.


“Pasport terbabit dikeluarkan atas kapasiti Muhammad Shafee sebagai wakil Malaysia ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antara Kerajaan untuk tempoh 2009 hingga 2015.


“Muhammad Shafee turut dilantik sebagai Duta Besar Tugas-tugas Khas mengenai Hak Asasi Manusia antara 2016 dan 2018,” katanya


Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Pang Hok Liong (PH- Labis) mengenai sama ada kerajaan akan menarik kembali atau membatalkan pasport Muhammad Shafee memandangkan beliau tidak dilantik sebagai diplomat.


Sebelum ini, Shafee yang juga peguam kepada Datuk Seri Najib Razak, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri itu.


Peguam itu juga mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan lain iaitu membuat penyata tidak betul dengan tidak memaklumkan RM9.5 juta jumlah pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


The post Pasport diplomatik Shafee Abdullah dibatalkan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop