Expired : 18.06.18

PASTI Perlis Ziarah Setiausaha Ditimpa Musibah

Oleh: Muhammad Hadi



PADANG BESAR : PASTI Negeri Perlis baru-baru ini telah mengadakan ziarah mahabbah ke atas setiausahanya di Kg. Petai, dekat sini, yang diuji sakit fistula.


Yasir Arafat Abni Hajar, 42 tahun, berkhidmat sebagai Setiausaha PASTI Negeri Perlis sejak tahun 2015 dan merupakan seorang murabithun jamaah yang komited.


Pernah beberapa kali mendapatkan rawatan akibat sakit yang sama tahun lalu, beliau sekali lagi diserang sakit berkenaan pada 5 Ogos yang lalu.


Susulan daripada itu, beliau telah dinasihatkan doktor agar mendapatkan rehat yang secukupnya di samping dibekalkan dengan beberapa jenis ubatan bagi membantu meringankan kesakitan yang ditanggungi.


Antara yang menyertai ziarah mahabbah berkenaan, Pengarah PASTI Negeri Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DPPNPs, Mohd Aniff Mohammad dan Pengerusi Majlis Guru PASTI Negeri Perlis, Nor Hayati Abd Razak.


Sehubungan dengan itu, PASTI Negeri Perlis merayu kepada orang ramai agar dapat membantu meringankan perbelanjaan perubatan dan keperluan harian yang terpaksa ditanggung beliau dengan memberikan sumbangan kewangan ke akaun Maybank bernombor 159013166190  atas nama Yasir Arafat Abni Hajar.




The post PASTI Perlis Ziarah Setiausaha Ditimpa Musibah appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop