Expired : 18.06.18

Pasukan bolasepak Malaysia terima pujian melambung dari netizen walaupun seri

Pada mereka yang menyaksikan perlawanan aksi separuh akhir Piala AFF antara Malaysia dan Thailand, malam tadi mesti tak senang duduk dibuatnya.


Mana tidaknya, ini antara gameplay Malaysia yang mempersembahkan aksi yang Aggresive, kreatif, dan produktif dibahagian serangan. Malaysia turut menguasai perlawanan cuma belum menjumpai gol cuma finishing agak sedikit lemah.







Pada aksi pada separuh pertama, hantaran bola pendek ala barca dan penukaran posisi pemain berjaya mengelirukan pemain Thailand. Ada netizen mengatakan “Gajah yang besar pun Malaysia boleh kawal” selepas menyaksikan taktik pasukan Malaysia.


Thailand juga agak terkesan apabila sorakan gemuruh lebih 80,000 penyokong hadir dan memenuhi segenap ruang stadium yang dianggap sebagai gelanggang keramat Harimau Malaya.


Stadium Nasional bergema dengan sorakan padu penyokong sejak jam 7 malam lagi terutama di kem Ultras Malaya yang tidak henti-henti bersorak selain menyanyikan lagu buat pasukan kebangsaan.


Suasana makin gamat sebaik perlawanan berlangsung jam 8.45 malam sekali gus mengulangi suasana sama ketika Malaysia menewaskan Myanmar pada aksi terakhir Kumpulan A, Sabtu lalu.


Selain jalur gemilang, kain rentang ‘Jangan Gentar Kita Lawan’ dan ‘Menang Sampai Juara, Kitalah Raja’ antara yang kelihatan di stadium sekali gus menaikkan lagi moral pemain Harimau Malaya.


Kumpulan penyokong pelawat yang dianggarkan berjumlah kira-kira 2,000 juga tidak ketinggalan menyerikan suasana di Bukit Jalil selain turut membentangkan bendera gergasi Thailand.


Suasana gamat itu juga seakan ulangan final kedua Piala AFF empat tahun lalu yang berkesudahan Malaysia menang 3-2.


Namun, kekalahan 0-2 pada aksi pertama di Bangkok menyaksikan Harimau Malaya terpaksa melepaskan trofi kejuaraan kepada Thailand menerusi agregat 4-3.


Justeru, pada aksi kali ini Malaysia memerlukan kemenangan besar sebagai bekalan selesa sebelum bertandang ke Stadium Rajamangala, Rabu ini untuk aksi separuh akhir kedua.


Norlida Ishak Shop