Expired : 18.06.18

Pasukan UMNO Kangar Juarai Futsal DACS

Oleh: Muhammad Hadi


KANGAR: Pasukan futsal UMNO Bahagian Kangar telah menjuarai kejohanan Futsal Bulan Sukan Negara anjuran Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis yang berlangsung semalam.


Sebanyak lima buah pasukan iaitu DACS Kangar, DACS Arau, DACS Padang Besar, Amal Perlis dan UMNO Bahagian Kangar telah menyertai kejohanan tersebut.


Menurut Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Muhammad Azmir Azizan, penganjuran kejohanan futsal berkenaan diadakan bersempena dengan sambutan Bulan Sukan Negara 2019.


“Kita menyahut seruan kerajaan ke arah menyemarakkan bulan ini dengan penganjuran program dan acara berbentuk aktiviti sukan rekreasi dan kecerdasan.


“Insya Allah, DACS Perlis juga akan menganjurkan dua aktiviti lain iaitu Kayuhan Santai pada 20 Oktober serta Jom Ghabat Bukit Jernih pada 27 Oktober nanti dan orang ramai adalah dijemput menyertainya,” katanya ketika ditemui.



 


The post Pasukan UMNO Kangar Juarai Futsal DACS appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop