Expired : 18.06.18

Patah balik mahkamah, PU Abu bawa fakta tambahan, sah cerai talak dua

Abu Sufyan terpaksa berpatah balik bagi menambah kenyataan sebelum mahkamah mengesahkan talak dua ke atas Ain Afini Latiff. — Foto ihsan Instagram/PU Abu Sufyan
Abu Sufyan terpaksa berpatah balik bagi menambah kenyataan sebelum mahkamah mengesahkan talak dua ke atas Ain Afini Latiff. — Foto ihsan Instagram/PU Abu Sufyan

PETALING JAYA, 16 Mei — Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dan Ain Afini Latiff sah bercerai talak dua walau mahkamah sebelumnya memutuskan pembubaran perkahwinan mereka tidak sah.

Mahkamah Rendah Syariah Klang berbuat demikian selepas pemuda 25 tahun mengemukakan fakta tambahan selepas prosiding pagi Rabu.


Nama sebenar Mohammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, beliau mengakui tidak memberi kenyataan penuh menyebabkan hakim memutuskan perkahwinan mereka masih sah, lapor mStar Online hari ini.


“Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas prosiding pagi tadi [Rabu], saya baru teringat ada kenyataan yang saya tak jelaskan kepada mahkamah


“Ada maklumat yang tidak cukup membuatkan penceraian itu tidak sah dan saya terpaksa berpatah balik bagi menambah kenyataan,” kata Abu Sufyan.


Susulan itu, beliau dan bekas isterinya, hamil tujuh bulan, terpaksa berpatah balik ke mahkamah sebelum mahkamah membubarkan perkahwinan mereka.


Namun, Abu Sufyan enggan berkongsi fakta tambahan yang diberikan kepada mahkamah.


Ain Afini pula menjelaskan perbicaraan mereka bersambung pada petang Rabu dan beliau mengesahkan mahkamah menjatuhkan talak dua.


“Tapi maaf saya tak dapat kongsikan [fakta tambahan itu] kerana ia melibatkan aib di pihak sana,” katanya, yang bakal bersalin 10 Julai ini.


Semalam, Sinar Harian melaporkan mahkamah memutuskan lafaz cerai Abu Sufyan terhadap isterinya tidak sah selepas beliau bersumpah tidak berniat menceraikan Ain.


Norlida Ishak Shop