Expired : 18.06.18

Patah tangan tapi tak patah semangat

“TAKKAN serik. Walaupun sampai hari ini tak ada mana-mana wakil FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) atau kerajaan menghulurkan bantuan, saya tetap bersemangat demi Harimau Malaya.”

Itu luahan penyokong Ultras Malaya, Mohd Zulraini Helmi, 39, yang patah tangan kiri ketika diserang sekumpulan penyokong Indonesia pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Khamis lalu.


Beliau yang dihubungi Arena Metro berkata, insiden keganasan yang dicetuskan penyokong tuan rumah berlaku dengan cukup pantas terutama selepas skuad Harimau Malaya berjaya meraih gol kedua pada minit ke- 66 .


Katanya, pelbagai objek bahaya dilontarkan penyokong skuad Garuda yang duduk di tingkat atas ke arah penyokong negara yang berada di bahagian bawah bersebelahan tempat duduk media.


Antara objek yang dibaling adalah batu besar, botol berisi air kencing, botol kaca, pengecas telefon bimbit,bom asap dan kayu. Malah katanya, kelibat beberapa penyokong fanatik Indonesia turut kelihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno –Hatta yang berlegar-legar dengan memakai pakaian serba hitam untuk mencederakannya dan penyokong lain.


Norlida Ishak Shop