Expired : 18.06.18

Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan, Michael Ang jangka ramai bakal ‘tambah’ anak (VIDEO)

Pengarah Michael Ang menyeru orang ramai kekal positif sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). — Foto ihsan Instagram/Michael Ang 38
Pengarah Michael Ang menyeru orang ramai kekal positif sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). — Foto ihsan Instagram/Michael Ang 38

PETALING JAYA, 25 Mac — Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki hari ke-8 menyaksikan ramai pihak mula mengadu ‘mati kutu’ lantaran terperuk di rumah masing-masing.

Tidak dinafikan selain mempunyai aktiviti terhad, pelbagai berita kurang enak mengenai Covid-19 turut mengundang gelisah orang ramai.


Justeru, pengarah terkenal Michael Ang tampil mengajak masyarakat kekal positif malah menasihati mereka telah berumahtangga mengambil peluang ini untuk menambah bilangan ahli keluarga.


 “Apa kata kita bincang benda yang positif pasal Covid-19.


“Aku rasa lepas Covid berakhir ni kan, mesti perempuan-perempuan yang keluar dari rumah macam pertama kali tengok cahaya matahari kan, mesti semua tengah mengandung,” usik Michael di laman sosial Instagram.




Sementara itu, Michael secara berseloroh menjangkakan banyak kes syariah akan diselesaikan dengan cara baik dan tidak mustahil jika mahkamah akan ditutup buat seketika.


“Mahkamah syariah boleh tutup sekurang-kurangnya 6 bulan sebab semua kes cerai akan ditarik balik,” katanya lagi.


Hantaran pengarah drama Projek Memikat Suami dan Rahsia Hati Perempuan itu lantas mendapat maklum balas positif warga maya.


Pemilik akaun bernama Hidayu berkata, arahan PKP bukan sahaja mengeratkan hubungan kekeluargaan malah turut menyaksikan penutupan pusat hiburan tidak bermoral.


“Betul tu...yang paling baik tempat maksiat semua tutup kan,” tulis Hidayu.


Hantaran Michael mendapat 16,403 tanda “suka” selepas sejam dimuat naik di laman sosial itu.