v PAU 2019: Ikuti Siaran Langsung Ucapan Dasar Presiden Esok Pagi
Expired : 18.06.18

PAU 2019: Ikuti Siaran Langsung Ucapan Dasar Presiden Esok Pagi


KUALA LUMPUR, 5 Dis – Ucapan Dasar Presiden merupakan kemuncak Perhimpunan Agung UMNO (PAU), yang dinanti-nantikan oleh semua perwakilan, ahli parti, penyokong mahupun masyarakat umum.

Justeru pada pagi esok, Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan menyampaikan ucapan tersebut di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, yang pastinya akan menyentuh mengenai perjuangan dan hala tuju parti bagi mendepani cabaran politik mendatang.

Sehubungan itu, UMNO Online akan membawakan siaran secara langsung ucapan Dr Ahmad Zahid melalui medium Facebook rasmi parti, facebook.com/mediaumnomalaysia dan platform Youtube dijadualkan pada jam 9 pagi esok.

Sebelumnya, Presiden dan barisan kepimpinan akan menyempurnakan acara menaikkan bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa.

Sesi perbahasan juga akan disiarkan secara langsung. – UMNO ONLINE