Expired : 18.06.18

PDRM: 7 Apps Merbahaya Di Google PlayStore. Buang Segera Kalau Pernah Download




Sejak aplikasi FaceApp mendapat sambutan hangat akhir-akhir ini, ramai sng mempersoalkan isu privasi data dan intipan yang mungkin mendedahkan pengguna kepada ancaman sekuriti siber.


Namun tahukah anda bahawa sebenarnya ada banyak lagi aplikasi yang mampu melakukan perkara yang sama, malah mungkin lebih teruk lagi.






7 Aplikasi Merbahaya Di Google PlayStore


Sehubungan itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook rasmi mereka telah mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan membuang 7 aplikasi ini di telefon pintar sekiranya anda pernah memuat turunnya dari Google Playstore:


1. Track Employees Check Work Phone Online Spy Free;
2. Spy Kids Tracker;
3. Phone Cell Tracker;
4. Mobile Tracking;
5. Spy Tracker;
6. SMS Tracker; dan
7. Employee Work Spy.















Dalam posting tersebut, PDRM mengatakan bahawa 7 aplikasi tersebut telah dimuat turun oleh 130,000 peranti sebelum dibuang oleh pihak Google dari pangkalan PlayStore setelah dikesan mengancam keselamatan pengguna.


Penyelidik mendapati aplikasi-aplikasi berkenaan dikesan mampu menjejak dan menghantar data lokasi pengguna selain log panggilan, senarai nombor telefon, mesej teks dan sejarah panggilan yang dibuat.


Berikut adalah kenyataan penuh dari pihak PDRM dalam status tersebut.




#JomBeringat


BUANG SEGERA TUJUH APLIKASI INI DALAM PERANTI ANDA


Penyelidik ancaman keselamatan siber dari Syarikat Avast yang berpengkalan di Republik Czech telah menyenaraikan tujuh aplikasi dalam Google Play Store yang didapati melakukan intipan terhadap para pengguna melalui peranti pintar.


Aplikasi-aplikasi berkenaan dikesan mampu menjejak dan menghantar data lokasi pengguna selain log panggilan, senarai nombor telefon, mesej teks dan sejarah panggilan yang dibuat.


Aplikasi-aplikasi tersebut ialah:
1. Track Employees Check Work Phone Online Spy Free;
2. Spy Kids Tracker;
3. Phone Cell Tracker;
4. Mobile Tracking;
5. Spy Tracker;
6. SMS Tracker; dan
7. Employee Work Spy.


Kesemua aplikasi berkenaan telahpun dibuang oleh pihak Google dari pangkalan Play Store, namun sejumlah 130,000 muat turun telah direkodkan sebelum ia dikesan mengancam keselamatan.


Para pengguna Android dinasihatkan untuk memeriksa aplikasi yang dimuat turun di peranti pintar masing-masing dan nyahpasangkan (uninstall) segera jika terdapat aplikasi yang disenaraikan.


Pengguna juga diminta agar tidak memuat turun sebarang aplikasi yang tidak dipastikan kegunaan dan tahap keselamatannya.


Sumber: Google pulls stalker apps identified by Avast, https://blog.avast.com/avast-identifies-stalker-apps


*Sumber status asal: Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)












Norlida Ishak Shop