Expired : 18.06.18

PDRM Tidak Seharusnya Jadi Mangsa Tuding Jari Isu Rusuhan Di Kuil – Zahid

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak seharusnya menjadi mangsa tuding jari berkenaan ketegangan yang tercetus di Kuil Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dekat sini.



Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua pihak perlu mematuhi perundangan sedia ada dan tidak meletakkan tanggungjawab untuk memikul kesalahan hanya kepada pihak polis.


Presiden UMNO itu berkata, dalam mendepani isu besar seperti ini, jangan ada mana-mana pihak yang mahu berlagak sebagai wira kepada sesuatu agama kerana ia hanya akan mewujudkan provokasi kepada agama lain.


Meskipun tidak menamakan secara langsung, kenyataan Ahmad Zahid itu dipercayai ditujukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy.


“Sensitiviti keagamaan jangan letak pada sesuatu kaum sahaja, apatah lagi letakkan tanggungjawab kesalahan penguatkuasaan pada PDRM.


“Jangan ada mana-mana pihak yang rasa seolah-olah menjadi wira kepada sesuatu agama, juga portfolio dipegang untuk perpaduan tapi jangan kedudukan ini dijadikan suatu tempat menunjukkan provokasi kepada penganut agama lain,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini. – UtusanOnline



 


Norlida Ishak Shop