Expired : 18.06.18

Peguam Gesa Mansuh Sistem Raja Sudah Dipanggil Polis

Peguam wanita yang dilaporkan menggesa sistem diraja dimansuhkan telah dipanggil polis untuk disoal siasat.


Fadiah Nadwa Fikri yang juga aktivis Pakatan Harapan memaklumkan perkara tersebut melalui ciapan di Twitternya, hari ini.


” Saya telah dipanggil oleh polis untuk siasatan bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia..


” Soal siasat di IPD Brickfields esok jam 4 petang” tulis beliau.


Kontroversi melanda wanita muda ini setelah beliau mendakwa sistem Raja Berperlembagaan sudah lagi tidak relevan dalam institusi demokrasi negara.


Kenyataan tersebut mendapat kritikan banyak pihak dan menuntut beliau dikenakan tindakan tegas.


Terdahulu Fadiah dilaporkan mendakwa sistem Raja Berpelembagaan tidak lagi relevan di dalam institusi demokrasi negara berikutan kewujudan monarki dan dianggap ketinggalan zaman di kebanyakan negara.


Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, kenyataan ini adalah sebagai penghasut dan berniat jahat


Katanya, ini boleh dilihat sebagai usaha mempengaruhi rakyat untuk menghapuskan kuasa dan kedudukan Yang DiPertuan Agong.


” Beliau (Fadiah) jelas menghasut agar institusi diraja dimansuhkan selain mendakwa ianya telah lapuk.


” Saya tidak faham apa yang dimaksudkannya sebagai lapuk. Sebenarnya mengikut undang-undang, sesiapa berniat untuk menjatuhkan institusi diraja dianggap melanggar undang-undang,” ujarnya selepas membuat laporan di Balai Polis Putra, di sini, hari ini.


Menurut Syed Hassan lagi, sejak PRU14 lalu, semakin banyak kenyataan berani dikeluarkan dan amat dibimbangi sekiranya perkara ini dibiarkan, ia akan mempengaruhi golongan muda khususnya.


” Ini amat mengejutkan, apatah lagi isu seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), tahfiz, Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dan lain-lain disuarakan oleh kaum Melayu sendiri. Apa nak jadi? Adakah mereka faham apa yang mereka lakukan?” tambahnya.


Sementara itu, Ketua Penerangan Perkasa, Datuk Roslan Kasim memberitahu, tindakan harus diambil mengikut Akta Hasutan dan usah dibiarkan kerana boleh menjadi ‘barah’.


” Kenyataan sedemikian seperti cuba menjolok sarang tebuan. Tindakan pencegahan harus diambil segera dan elak ia melarat,” jelasnya.


Dakwaan Fadiah dilaporkan dikeluarkan dalam sebuah portal tempatan bagi mengulas sekeping gambar Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membongkok sambil mencium tangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar dikala Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai hubungan tegang dengan institusi diraja.


-sinarharian


Norlida Ishak Shop