Expired : 18.06.18

Pejabat Google Dan Facebook Mungkin Dibuka Di Kulim

Pembukaan pejabat Google dan Facebook di Malaysia bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Malah, masing-masing sudahpun menubuhkan cawangan mereka di negara kita. Walaubagaimanapun, pembukaan cawangan terbaru di Kulim, Kedah dan bukannya sekitar Lembah Klang atau Cyberjaya pastinya mengejutkan ramai.


Berdasarkan laporan, Kedah bakal mengajak syarikat Google dan Facebook untuk membuka cawangan mereka di Kulim Hi-Tech dalam usaha untuk membangunkan Kedah Digital hasil usaha kerajaan negeri.


FacebookNewOpenness22087jpg5fecc


Setakat ini, menurut Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Mohd Firdaus Ahmad proses untuk menjayakan misi ini masih lagi dalam peringkat perbincangan dan penelitian.


Untuk pengetahuan, ini bukanlah tawaran pertama daripada Kedah buat syarikat Google untuk membuka cawangan di negeri tersebut. Selain itu, sebanyak 40 menara bakal dibangunkan di kawasan pedalaman melibatkan Baling, Kubang Pasu dan beberapa tempat yang lain dalam menawarkan internet dengan kelajuan pantas buat para pengguna. Sama-sama kita nantikan respon daripada pihak Google dan Facebook mengenai projek Kedah Digital ini.


Norlida Ishak Shop