Expired : 18.06.18

Pelajar Cuba Bunuh Diri Akibat Putus Cinta


Pengunjung Gempar Lelaki Cuba Terjun Dari Tingkat 6 Suria KLCC




KUALA LANGAT – Tindakan pantas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya mengagalkan cubaan membunuh diri seorang pelajar lelaki dari tingkat dua bangunan sebuah sekolah menengah di sini tengah hari tadi.


Dalam kejadian pukul 12.28 tengah hari itu, pelajar berusia 13 tahun bertindak demikian difahamkan akibat putus cinta.


Jurucakap APM Kuala Langat berkata, seramai tujuh anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 12.30 tengahari.


Katanya, sewaktu kejadian didapati sesi persekolahan di sekolah itu belum tamat.




“Sebaik tiba didapati pelajar terbabit telah berada di bahagian hujung bumbung tingkat dua bangunan tersebut.


“Anggota yang bertugas memujuk mangsa namun mangsa dikatakan cuba bertindak agresif sebelum berjaya diselamatkan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.


Jurucakap itu menambah, operasi menyelamat mengambil masa hampir sejam dengan terpaksa menggunakan sebuah kren.


Jelasnya, pelajar itu kemudiannya dihantar ke Hospital Banting di sini untuk tindakan selanjutnya dengan operasi ditamatkan pukul 2.08 petang.


Terdahulu, video mengenai kejadian yang berdurasi 1minit 9 saat itu tular di laman aplikasi WhatsApp sejak pukul 4 petang tadi. – K! ONLINE




Loading...








Artikel Berkaitan



Norlida Ishak Shop