Expired : 18.06.18

Pelajar India ‘serah diri’ belajar jawi dengan Faisal Tehrani (VIDEO)

Seorang pelajar wanita India meminta Faisal Tehrani mengajarnya tulisan jawi. — Foto oleh Yusof Mat Isa
Seorang pelajar wanita India meminta Faisal Tehrani mengajarnya tulisan jawi. — Foto oleh Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Isu tulisan jawi yang hangat kebelakangan ini menarik minat warga Malaysia untuk mempelajarinya.

Perkara itu terbukti apabila seorang pelajar wanita India sanggup “menyerah diri” mendalaminya dengan penulis terkenal Faisal Tehrani.


“Sejak debat khat dan jawi menjelma mendadak minat terhadap jawi kembali membara,” tulisnya, nama sebenar Mohd Faizal Musa, di Twitter hari ini.


“Pelajar India dari kursus Sains Politik ini muncul menyerah diri kepada saya pagi ini untuk belajar tulisan jawi.



Sejak debat khat/Jawi menjelma mendadak minat terhadap Jawi kembali membara. Pelajar India dari kursus Sains Politik ini muncul menyerah diri kepada saya pagi ini untuk belajar tulisan Jawi. Ini saya mengajar beliau cara menulis huruf Cha & khat bersambung dengan huruf Ra & Ya. pic.twitter.com/3DumKSpuED


— Mohd Faizal Musa (@drfaisaltehrani) August 13, 2019

Pemenang Anugerah Seni Negara 2006, kini pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), turut memuat naik video 34 saat beliau sedang mengajar pelajar tersebut.


Faisal mengajar cara menulis huruf Cha dan khat bersambung dengan huruf Ra dan Ya.


Norlida Ishak Shop