Expired : 18.06.18

Pelajar Senibina Landskap, FABU Mencatat Nama Dalam Pertandingan Rekabentuk Ruang Awam

JOHOR BAHRU, 21 Okt. – Pelajar Senibina Landskap, Fakulti Alam Bina dan Ukur telah berjaya memenangi Naib Johan dan tempat kelima dalam Pertandingan Rekabentuk Ruang Awam di Pesisiran Sungai Skudai pada 21 Oktober 2018.


Dalam pertandingan tersebut, dua kumpulan pelajar seliaan  Dr Norliza Mohd Isa dan Dr Lee Yo ke Lai daripada program Senibina Landskap telah menyertai dan layak ke peringkat akhir.


Kumpulan yang dianggotai oleh Mohamad Amin Bin Md Ali dan Ting Ming Ming mendapat tempat kedua, membawa pulang sijil dan wang tunai RM5000.


Selain itu kumpulan yang dianggotai oleh Oscar Chong Yi Bin, Lee Ho Yang , Chin Kah Lai , Muhammad Afiq Harith bin Zulkhairi dan Mohammad Sabar bin Mustaffa mendapat tempat kelima dan membawa pulang sijil dan wang tunai RM500.


Selain itu lima kumpulan dari program Perancang Bandar dan Wilayah juga berjaya ke peringkat akhir.


Antaranya, kumpulan seliaan Puan Noordini binti Che’Man pula telah  berjaya mendapat tempat saguhati ke-12 yg membawa pulang sijil dan wang tunai RM500.


Kumpulan tersebut dianggotai oleh Raja Ahmad SyakirFikri b Raja Samion, Nuraqilah Najwa binti Mustapa Kamil dan ‘Ain Yasmin Najla binti Mohd Nor Azri.


Pertandingan ini merupakan anjuran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan tema “Public Waterfront Shapping the Future”, di mana 86 kumpulan menyertai pertandingan ini datang daripada pelbagai IPT di Malaysia.


Kumpulan yang memenangi Naib Johan


Norlida Ishak Shop