v Pelajar UiTM Ini Berjaya Cipta Sejarah, Skor Markah Penuh Dalam Ujian Perakaunan Dunia
Expired : 18.06.18

Pelajar UiTM Ini Berjaya Cipta Sejarah, Skor Markah Penuh Dalam Ujian Perakaunan Dunia

Cukup menbanggakan, walaupun tanpa sebarang asas dalam bidang perakaunan, seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya memperoleh markah 100 peratus bagi kertas FA1 Recording Financial Transaction dan berjaya mencipta sejarah dunia dengan menduduki tempat pertama dalam subjek tersebut.

Sebelum ini, pelajar yang bernama Hakeem Mohammad Akmal menduduki ujian Certified Accounting Technician (CAT)  yang dikelolakan oleh The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), United Kingdom.

Pencapaian itu melayakkan beliau dianugerahkan gelaran tertinggi di Malaysia dan di dunia oleh badan profesional perakaunan yang diiktiraf global, The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), United Kingdom.

A BIG congratulations to Hakeem Mohammad Akmal! Good job and continue making UiTM proud and visible in the world map of ACCA