Expired : 18.06.18

‘Pelajar UM boleh jumpa Naib Canselor jika tak puas hati’

KUALA LUMPUR, 9 Safar 1441H, Selasa – Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UM) perlu bertemu Naib Canselor universiti itu, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim jika terdapat sebarang rasa tidak puas hati, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.


Katanya, pertemuan antara kedua-dua belah pihak adalah lebih baik berbanding menyelesaikan isu itu dengan membuat kenyataan kepada media.


“Mereka boleh suarakan rasa tidak puas hati terus kepada Naib Canselor (Dr Abdul Rahim) dan saya percaya beliau (Abdul Rahim) seorang yang berfikiran terbuka dan akan mendengar apa yang pelajar mahu suarakan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.


Dilaporkan kesatuan mahasiswa berkenaan menggesa Abdul Rahim meletakkan jawatan berhubung ucapannya pada Kongres Maruah Melayu, Ahad lepas.


Ditanya sama ada Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan ke atas pelajar itu, Maszlee berkata: “Kita bukan berada di zaman (kerajaan) Barisan Nasional”. – Bernama


The post ‘Pelajar UM boleh jumpa Naib Canselor jika tak puas hati’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop