Expired : 18.06.18

Pelan damai AS akan jadi berat sebelah, anti-Palestin


NEW YORK, 5 Ramadan 1440H, Jumaat – Menteri Luar Palestin, Riyad Al Maliki berkata, pihaknya bersedia menghadapi keputusan ‘berat sebelah’ selepas mendengar penerangan wakil White House, Jason Greenblatt mengenai pelan damai Amerika Syarikat (AS), semalam.

Dalam pertemuan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini, Riyad berkata, perbincangan antara kedua-dua pihak itu lebih banyak memfokuskan mengenai tindakan rejim pengganas Israel membina banyak rumah haram Yahudi, berbanding situasi semasa yang dihadapi Palestin.

“Saya sedih. Saya merasakan seperti sedang mendengar penerangan daripada wakil Israel dan seorang peguam yang bercakap bagi pihak kerajaan Tel Aviv, bukan AS.

“Nampaknya kedudukan Amerika telah dirampas sepenuhnya. Sekarang pentadbiran AS bukan lagi bebas. Peranan mereka hanya untuk melindungi, mempertahankan dan melayani kepentingan Israel.

“Ia sudah jelas. Pemikiran mereka hanyalah untuk menjadi anti-Palestin, anti-kedamaian semata-mata,” katanya.

Pertemuan tidak rasmi mengenai isu pembinaan rumah haram Yahudi telah diatur oleh anggota Majlis Keselamatan PBB, iaitu Indonesia, Kuwait dan Afrika Selatan.

Greenblatt adalah peguam dan bekas ketua pegawai perundangan kepada Presiden AS, Donald Trump serta menantunya, Jared Kushner. Dua individu terbabit dijangka akan melaksanakan semula rancangan lama untuk pelan damai antara Palestin-Israel. – Agensi


The post Pelan damai AS akan jadi berat sebelah, anti-Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop