Expired : 18.06.18

Pelan Paling Berbaloi Untuk Anda Memiliki Samsung S10+ Terkini

Sekiranya anda seorang yang gemar mengikut arus teknologi terkini, dan sering bertukar tukar peranti pintar, harga sesebuah telefon pintar mungkin menjadi penghalang untuk anda memilikinya. Anda juga semestinya ingin berjimat dalam membuat pembelian tersebut. Kini, banyak syarikat telekomunikasi telah menawarkan pelbagai pelan yang membolehkan anda untuk memiliki telefon pintar terkini dengan bayaran bulanan secara ansuran.


Digi juga antara syarikat telekomunikasi yang turut menawarkan perkhidmatan ini, dikenali sebagai pelan PhoneFreedom 365 (PF365), dan ini adalah sebab mengapa anda perlu membuat langganan pelan daripada Digi ini berbanding dengan pelan syarikat telekomunikasi yang lain.



Jika kita lihat daripada perbandingan harga di atas, pakej harga yang ditawarkan oleh Digi adalah lebih berbaloi untuk dilanggan. Hal ini adalah kerana anda tidak terhad untuk memilih mana mana pelan dan telefon pintar yang ditawarkan oleh pihak Digi. Kuota internet yang ditawarkan oleh Digi juga dilihat lebih banyak dan lebih berbaloi jika dibandingkan dengan pelan telco yang lain.


Sekiranya anda ingin ke luar negara, semestinya pelan internet anda akan terhad. Namun, dengan melanggan pelan PF365 ini, anda boleh menikmati kuota internet perayauan secara percuma jika anda melanggan pakej DP120, DP160 dan DP 190. Manakala jika anda memilih untuk melanggan pakej DP80, anda hanya perlu membayar serendah RM15 sahaja untuk perayauan internet dimana ia merupakan antara yang paling murah jika dibandingkan dengan pelan pelan telco yang lain.


1) Tiada Bayaran Wang Pendahuluan Untuk Memiliki Sesebuah Telefon Pintar


Kebanyakkan pelan yang ditawarkan oleh pihak yang lain memerlukan pelanggan mereka untuk membayar wang pendahuluan untuk sesebuah peranti. Hal ini membuatkan seseorang pelanggan itu perlu mengumpul wang pendahuluan terlebih dahulu sebelum membuat langganan untuk pelan mereka.



Namun, ia berbeza dengan pelan yang ditawarkan oleh Digi ini, kerana pelan PF365 ini membolehkan anda untuk memiliki sesebuah telefon pintar terkini seperti Samsung Galaxy S10+ pada harga serendah RM97 sahaja setiap bulan tanpa sebarang bayaran wang pendahuluan untuknya. Jadi, pelan yang ditawarkan oleh Digi ini dilihat sangat memudahkan pelanggan mereka untuk memiliki telefon pintar terkini, kerana mereka tidak perlu mengumpul wang pendahuluan dan hanya perlu terus ke cawangan rasmi Digi untuk membuat langganan pelan PF365 ini.


2) Tiada Kadar Faedah Yang Perlu Dibayar Oleh Pelanggan PF365



Bagi pelanggan pelan pelan syarikat telco yang lain, mereka juga perlu membuat bayaran tambahan untuk langganan mereka. Ia merupakan bayaran untuk kadar faedah telco tersebut dimana kebanyakkan pelanggan mereka perlu membayar beberapa peratus lebih daripada bayaran asal. Hal ini menyebabkan seseorang pelanggan itu perlu membayar lebih bagi menampung bayaran faedah telco tersebut.


Tetapi bagi Digi sendiri, mereka tidak mengenakan bayaran faedah untuk telco mereka iaitu faedah serendah 0%. Hal ini memberi peluang yang lebih tinggi kepada anda untuk memiliki telefon pintar terkini dengan bayaran harga bulanan yang lebih rendah berbanding pelan pelan telco yang lain.


3) Naik Taraf Kepada Telefon Pintar Terkini Secara Percuma



Sekiranya anda telah melanggan pelan PF365 ini, dan ingin menukar kepada telefon pintar yang lebih terkini, anda tidak perlu risau kerana anda boleh menaik tarafkan kepada telefon pintar yang anda inginkan secara percuma tanpa perlu membuat pembayaran yang lebih.


Naik taraf kepada peranti yang baru ini boleh dilakukan selepas 18 bulan di mana anda telah melepasi sesuatu tempoh bayaran bulanan dan permohonan anda untuk menukar kepada telefon pintar terbaru akan diluluskan apabila anda tidak mempunyai sebarang bayaran tunggakan yang belum diselesaikan.


Pelbagai jenis telefon pintar terkini yang Digi telah tawarkan dibawah pelan ini. Antaranya adalah telefon pintar terbaru yang dilancarkan oleh Samsung, iaitu Samsung Galaxy S10 Plus dengan pilihan storan 128GB. Antara telefon pintar yang lain adalah Huawei Nova 4, Samsung Galaxy Note 9, Huawei Mate 20 Pro dan banyak lagi.



Jika kita lihat daripada perbandingan harga di atas, bayaran ansuran secara bulanan, harga peranti dan jumlah kos pemilikan untuk pelan Digi DP120 ini adalah lebih berbaloi serta murah jika dibandingkan dengan pakej harga yang ditawarkan oleh telco M. Jumlah harga pemilikan untuk telefon pintar ini juga dilihat lebih murah berbanding harga sewaan yang ditawarkan oleh pelan telco M. Jadi, mengapa anda perlu bayar lebih untuk menyewa sebuah telefon pintar sedangkan anda boleh memilikinya jika anda melanggan pelan Digi DP120 ini?



Digi juga menyediakan kos naik taraf secara percuma bagi kesemua pelanggan pelan mereka. Dengan penawaran ini, anda boleh menukar kepada telefon pintar yang lain tanpa perlu membayar sebarang kos naik taraf. Bagi anda yang melanggan pelan DP190, anda tidak perlu mengeluarkan kos untuk membayar wang perlindungan peranti kerana ia ditawarkan secara percuma. Dengan penawaran ini, ia sekaligus menjadikan pakej pelan yang ditawarkan oleh Digi sangat murah dan berbaloi untuk dilanggan berbanding pakej yang ditawarkan oleh pelan telco yang lain.



Sekiranya anda berminat untuk memiliki telefon pintar Huawei Nova 4, bayaran ansuran bulanan untuk telefon pintar ini dan bayaran pelan bulanan adalah lebih murah berbanding harga yang ditawarkan oleh pakej pelan telco M. Hal ini sekaligus menjadikan jumlah kos pemilikan bagi pelan DP160 ini lebih murah dan berbaloi untuk dilanggan setiap bulan.



Bagi anda yang ingin memiliki telefon pintar Huawei Mate 20 Pro pula, dengan melanggan pelan yang ditawarkan oleh Digi, anda boleh menikmati bayaran ansuran bulanan untuk telefon pintar anda yang lebih murah berbanding pelan lain. Melalui lagganan pelan Digi ini juga, anda boleh naik taraf kepada telefon pintar yang lain dan menikmati servis perlindungan peranti secara percuma. 


Malah, jumlah kos pemilikan yang ditawarkan oleh digi lebih murah berbanding kos sewaan yang ditawarkan oleh telco M dan C. Jadi, mengapa perlu sewa jika anda boleh memiliki telefon pintar ini pada harga yang lebih murah?


4) Servis Perlindungan Peranti Secara Percuma


Kita semua tahu bahawa wang perlindungan peranti amatlah penting untuk memastikan bahawa peranti yang berada ditangan kita mendapat perlindungan yang secukupnya. Namun, kebanyakkan daripada kita lebih memilih untuk tidak membayar wang perlindungan peranti ini.


Hal ini kerana mereka tidak mahu membayar lebih untuk perlindungan peranti ini semata mata. Tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa sekiranya anda membayar wang perlindungan peranti, segala kos kerosakkan dan kehilangan pada telefon pintar ini akan ditanggung.



Tetapi, dengan penawaran yang diberikan oleh Digi, anda tidak perlu risau untuk membayar lebih untuk perlindungan peranti ini. Hal ini kerana, pelan PF365 ini menawarkan kepada kesemua pelanggan mereka servis perlindungan peranti secara percuma. Jadi, sekiranya berlaku kemalangan ringan pada peranti seperti kerosakan disebabkan cecair, anda tidak perlu membayar wang servis perlindungan peranti untuk kerosakkan ini setiap bulan kerana ia ditawarkan secara percuma bagi anda yang melanggan pelan Digi PhoneFreedom 365 ini.


5) Proses Langganan Pelan Yang Mudah Dan Ringkas


Sekiranya anda yang berminat untuk membuat langganan pelan ini, anda boleh melanggannya dengan mudah dan proses langganannya adalah sangat ringkas. Apa yang anda perlu lakukan adalah anda perlu ke cawangan rasmi Digi terdekat dan pilih telefon pintar yang anda inginkan, sama ada telefon pintar iPhone atau pun telefon pintar Android yang lain. Kemudian, anda perlu memilih pelan pascabayar Digi PhoneFreedom 365 (PF365) mengikut kemampuan dan keinginan anda.


Sekiranya anda ingin menaik tarafkan telefon pintar anda kepada yang terkini, anda hanya perlu memiliki status pembayaran bulanan yang baik dan lancar melalui pelan pascabayar ini. Sekiranya status bayaran bulanan anda baik, anda boleh menaik tarafkan telefon pintar anda kepada yang terkini selepas 18 hingga 20 bulan pembayaran.





Penutup


Kesimpulannya, pelan Digi ini sangat membantu anda untuk memiliki telefon pintar pada harga yang sangat rendah. Jika dibandingkan dengan harga pemilikan yang ditawarkan oleh pelan telco lain, pelan Digi PF365 ini adalah antara yang termurah dan sangat berbaloi untuk dilanggan. Malah, terdapat beberapa pakej daripada Digi yang membolehkan anda untuk memiliki sebuah telefon pintar pada harga yang lebih murah berbanding menyewanya daripada pelan telco lain.


Kini, pelan ini telah dibuka kepada semua pengguna pascabayar Digi untuk melanggan pelan ini, sama ada pelanggan pascabayar sedia ada atau pelanggan baru untuk pelan pascabayar. Anda akan menerima kuota internet dua kali ganda lebih banyak sehingga 200GB yang membolehkan anda untuk menikmati panggilan suara tanpa had, panggilan IDD dan perayauan internet secara percuma.



Dengan melanggan pelan PF365 ini, anda hanya perlu membuat bayaran ansuran yang rendah setiap bulan dan anda juga tidak perlu membuat bayaran perlindungan untuk peranti pintar anda kerana ia kini telah ditawarkan secara percuma.


Bagi anda yang berminat untuk memiliki telefon pintar terkini pada kadar bayaran bulanan yang rendah, anda hanya perlu ke cawangan rasmi Digi yang terdekat dan memilih pelan PF365 yang anda inginkan.


Layari : Laman Rasmi Digi Untuk Pelan PF365


Penafian: Advertorial Dari Digi


Norlida Ishak Shop