Expired : 18.06.18

Pelan siber lindungi wanita, kanak-kanak hujung tahun ini

Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Putrajaya akan melaksanakan Pelan Kesedaran Nasional Mengenai Pengurusan Keselamatan dan Jenayah Siber akan dilancarkan pada hujung tahun ini.


Pelan yang sedang dibangunkan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) itu kata Dr Wan Azizah, dijangka mula dilaksana pada Januari 2020.


Ia melibatkan empat kumpulan sasaran iaitu kanak-kanak, belia, dewasa dan ibu bapa, serta organisasi.


“Salah satu yang kita tekankan adalah mengurus keselamatan siber negara.


“Kita ada juga (bangunkan) ‘National Cyber Security Strategy’ (Srategi Keselamatan Siber Negara) di mana kita melihat serangan-serangan siber di luar negara.


“Ini penting dalam kita (melindungi) sistem perbankan, dan sebagainya,” katanya kepada pemberita dalam wawancara khas sempena setahun pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di Parlimen, baru-baru ini.


Wan Azizah berkata Malaysia turut menyedari bahawa inisiatif kerjasama antarabangsa amat penting dan perlu bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan keselamatan dan jenayah siber.


Beliau berkata antara inisiatif yang sedang dilaksanakan adalah membangunkan Pelan Kerja Keselamatan Siber Forum Serantau ASEAN (ARF) iaitu pelan kerjasama dalam keselamatan siber antara negara-negara anggota ARF.


Malaysia bersama Australia juga katanya telah membangunkan ‘Cyber Point of Contact’ iaitu satu pangkalan data senarai pegawai perhubungan negara anggota untuk mendapatkan bantuan dan kerjasama semasa berlakunya insiden siber.


Norlida Ishak Shop