Expired : 18.06.18

Pelanggan Spotify Family Kini Boleh Menyaring Muzik Yang Tidak Sesuai Untuk Anak-Anak

Semasa kami remaja dahulu, kami akan secara senyap-senyap membeli album kumpulan rock dan rap yang mengandungi lirik yang sebenarnya tidak sesuai untuk didengari oleh individu bawah umur. Dengan perkhidmatan penstriman yang menawarkan jutaan lagu, proses menyaring lagu menjadi semakin sukar bagi golongan ibu bapa.


Spotify hari ini mengumumkan fungsi menyaring kandungan yang boleh distrim oleh pelanggan akaun Spotify Family mereka. Ibu bapa boleh menetapkan kematangan muzik yang boleh distrim oleh anak-anak  yang berkongsi akaun Spotify Family.  Sistem saringan ini diberikan terlebih dahulu kepada pengguna di Ireland sebelum akan diberikan kepada pengguna global.


Selain sistem saringan muzik, pengguna Spotify Family boleh mengakses Family Mix yang merupakan senarai main yang dihasilkan sendiri oleh ahli keluarga. Sementara itu Family Hub pula menjadi tempat mengawal akaun enam ahli dan menyaring tahap muzik yang boleh distrim oleh mereka.


Norlida Ishak Shop