Expired : 18.06.18

Pelantikan Sebagai Duta Khas YAB PM Ke Timur Tengah


1. PAS Kawasan Labuan mengucapkan tahniah di atas pelantikan YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS sebagai Duta Khas YAB Perdana Menteri Ke Timur Tengah Bertaraf Menteri.


2. Pelantikan Dato’ Seri Tuan Guru merupakan satu penghormatan atas pengalaman luas beliau dalam dunia dakwah dan siyasah di peringkat antarabangsa semenjak di usia muda lagi.


3. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pernah terlibat dalam menangani krisis dunia timur tengah, termasuk krisis perang Yaman 2010. Atas pengalaman itu juga beliau pernah dilantik sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan pernah tersenarai dalam 500 Muslim Paling Berpengaruh oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre (RISSC).


4. PAS Kawasan Labuan mendoakan agar Dato’ Seri Tuan Guru diberikan kekuatan dan dipermudahkan urusan oleh ALLAH SWT dalam menggalas tanggungjawab tersebut demi perpaduan ummah peringkat antarabangsa.


PAS Kawasan Labuan

10 Syaaban 1441H | 3 April 2020


The post Pelantikan Sebagai Duta Khas YAB PM Ke Timur Tengah appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).