Expired : 18.06.18

Pelayar Web Opera Browser Kini Hadir Dengan Sokongan VPN

Opera adalah pelayar web yang mempunyai antaramuka yang kemas, penggunaan memori yang ringan serta turut mempunyai banyak ciri dan fungsi yang menarik. Salah satu daripada fungsi menarik bagi kami adalah sokongan VPN terbina pada pelayar web ini.


Sekian lamanya, sokongan VPN ini hanya hadir pada pelayar web Opera untuk desktop – kini ia hadir pada versi Android pula. Sebelum ini, aplikasi Opera VPN tersendiri telah ditamatkan. Kini ia terus terbina dalam pelayar web. Apa yang menarik dengan sokongan VPN ini adalah, ia percuma dan tidak perlu dilanggan seperti perkhidmatan VPN yang lain. Kemudian, VPN pada Opera Browser ini tidak melog data-data pengguna untuk tujuan privasi.



Untuk mengakses VPN ini, pengguna hanya perlu pergi ke tetapan pelayar web. Pengguna boleh memilih dari empat jenis pelayan, iaitu Optimal, America, Europe dan Asia untuk sambungan VPN. Buat masa ini, sokongan VPN ini hanya terdapat pada Opera browser beta sahaja. Jika maklum balas pengguna positif, mungkin baru ia akan diimplementasikan dalam versi stabil.


Muat Turun Opera broser beta di Google Play Store


Norlida Ishak Shop