Expired : 18.06.18

Pembangkang mengadap Sultan Johor, mohon bubar DUN

Ketua Pembangkang Johor Hasni Mohammad akan memohon mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi membincangkan kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.


Pengerusi Badan Perhubugnan UMNO Johor itu berpendapat, tiada anggota DUN (ADUN) Pakatan Harapan yang layak menjadi menteri besar selain Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.


Hasni dipetik portal Malaysiakini sebagai berkata, rakyat memerlukan menteri besar yang benar-benar berkaliber memimpin negeri itu.


Muhyiddin adalah Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir.


Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor di era pentadbiran UMNO pada tahun 1986 hingga 1995.


Hasni memberitahuJohor sebuah negeri yang rumit dan tidak boleh mempunyai seorang menteri besar yang tidak berpengalaman.


Osman Sapian meletakkan jawatan sebagai menteri besar Isnin lalu.


[Berita lanjut menyusul]


The post Pembangkang mengadap Sultan Johor, mohon bubar DUN appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop