Expired : 18.06.18

PEMBELA perjuang suara kerdil peneroka, pekebun kecil ditubuh


BANGI, 26 Syaaban 1440H, Khamis – Menyedari beban yang ditanggung golongan peneroka dan pekebun kecil, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini bersepakat menubuhkan Jawatankuasa Pembela Kebajikan Peneroka dan Pekebun Kecil (PEMBELA).


Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jawatankuasa yang diputuskan dalam Mesyuarat Exco petang tadi, bertujuan memberikan tumpuan khusus untuk menjadi lidah dan suara penyambung kepada 112,635 keluarga peneroka dan 650,000 pekebun kecil di negara ini.


Beliau berkata, golongan berkenaan rata-ratanya tertekan dengan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menguruskan dasar ekonomi negara sehingga menyebabkan harga minya sawit mentah merundum, selain pelbagai polisi-polisi baharu yang membebankan.


“Daripada siri-siri jelajah Pemuda UMNO turun ke akar umbi di beberapa Tanah Rancangan yang menempatkan peneroka dan pekebuh kecil di seluruh negara, ramai warga peneroka dan pekebun kecil mengeluh dan melahirkan rasa tertekan dengan kesempitan hidup masa kini.


“Umpamanya ketika menemui peneroka-peneroka di Felda Gunung Besout 1,2,3 Tanjung Malim, Felda Air Tawar 4,5 Pengerang dan Felda Serting Hilir dan Felda Palong 3 dan Felcra Rompin di Jempol, rata-rata peneroka hanya hidup dengan pendapatan sekitar RM200-RM300 sebulan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Bahkan, Asyraf berkata, ada di antara peneroka dan pekebun kecil yang tiada pendapatan berikutan hasil yang sedikit, selain ditolak pula dengan pelbagai potongan.


“Sebagaj contoh, bagi peneroka Skim Sawit FELDA. Purata hasil kebun sawit 10 ekarnya adalah dalam 7 tan sebulan. Sebelum PRU14, Harga Buah Tandan Segar (BTS) mencecah RM510/tan dan boleh memberi hasil bernilai RM3,570. Kini harga BTS Sawit setakat 30 April 2019 adalah RM395/tan.


“Ini bermakna nilai hasil sebelum ditolak kos operasi adalah RM2,765. Sekiranya Kos Operasi pula didalam RM230/tan. Maka Pendapatan Kasar peneroka berkenaan adalah RM1,155 berbanding RM1,960 pada sebelum PRU14,” katanya.


Beliau berkata, ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah, pertimbangan pasti akan diberikan kepada peneroka yang memperoleh hasil tidak sampai RM1,000.


Katanya, Felda juga akan menangguhkan potongan sehinggalah hasil mereka meningkat kembali, malah memastikan pendapatan peneroka minimum RM1,500 denga pelbagai bentuk bantuan.


“Menyedari warga peneroka dan pekebun kecil yang hidup makin tertekan dan terdesak dengan pelbagai bebanan hasil yang berkurangan inilah maka Pemuda UMNO telah sepakat untuk menubuhkan PEMBELA.


“PEMBELA akan memperjuangkan isu-isu warga peneroka dan pekebun kecil sekaligus memastikan suara kerdil mereka akan didengari dan dibela oleh Kerajaan hari ini yang dilihat banyak memfokuskan golongan menengah ke atas semata-mata,” katanya.


The post PEMBELA perjuang suara kerdil peneroka, pekebun kecil ditubuh appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop