Expired : 18.06.18

PEMBELA Terus Bela Nasib Peneroka Dan Pekebun Kecil – Shahar

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Jawatankuasa Pembela Kebajikan Peneroka dan Pekebun Kecil (PEMBELA) Pemuda UMNO hari ini mengadakan meja bulat bagi membincangkan kaedah-kaedah yang harus dilakukan dalam usaha mendapat pandangan, cadangan serta idea-idea yang berkesan untuk membela nasib peneroka dan pekebun kecil.


Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Shahar Abdullah berkata menerusi platform ini nasib kebajikan warga terbabit khususnya dapat dibela dan diberi perhatian sewajarnya.


“Bagi saya kita hendak membela dan bukannya memberi harapan, suara ini sudah pasti diberi perhatian kepada segala permasalahan yang dihadapi oleh peneroka dan pekebun kecil.


“Peneroka dan pekebun kecil hari ini terkesan dengan pajakan tanah rancangan yang tidak merujuk kepada jawatankuasa, apa yang penting kita mesti membela nasib mereka,” katanya semasa mengadakan sesi meja bulat di PWTC hari ini.



Tambahnya lagi, semenjak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil tampuk pemerintahan, harga komoditi kelapa sawit dan getah semakin merudum jatuh dan nasib peneroka serta pekebun kecil ini seolah-olah tidak didengari oleh pimipinan kerajaan hari ini.


Sementara itu, Tan Sri Shahrir Samad yang turut serta dalam meja bulat berkenaan berkata usaha yang dibuat sebelum ini bukannya model baru tetapi Felda muafakat.


“Pertama kali peneroka mendapat manfaat sama seperti pekebun kecil yang terlibat dalam penanaman kelapa sawit, ini adalah hasil usaha bekas Perdana Menteri.


“Model yang saya bawa bukan ini bukannya model Felda baharu, saya bawakan model Felda Muafakat, maknanya kita hendak gerakkan muafakat antara peneroka dengan agensi Persekutuan dan agensi negeri dan Felda dengan kerajaan negeri,” katanya.


Katanya lagi model berkenaan yang dibawa bukannya cara eksekutif tetapi dengan cara inklusif iaitu dengan cara yang lebih terbuka terhadap peneroka Felda.


Justeru katanya, pendekatan yang dibawa dahulu adalah suatu model yang terancang, teratur dan mempunyai asas tersendiri dalam mentadbir Felda.


“Apa yang dicadangkan oleh PH hanya kembali kepada cara lama yang digunakan,” tambahnya lagi.- MediaUMNO


Norlida Ishak Shop