Expired : 18.06.18

Pembelian Bale realistik

BEKAS penjaga gol West Ham United Shaka Hyslop percaya bahawa Gareth Bale adalah pembelian paling realistik buat Manchester United untuk mencipta kejutan musim panas ini.


Meskipun mencetus kebangkitan pada awal kendalian Ole Gunnar Solskjaer, Red Devils kembali ke tangga keenam Liga Perdana Inggeris musim lalu, malah gagal melepasi peringkat suku akhir pada ketiga-tiga piala yang mereka sertai.


Namun dengan pembelian pemain sayap Wales Daniel James dari Swansea City, proses rombakan skuad Solskjaer sudah bermula biarpun lebih ramai pemain diperlukan untuk mencabar kelompok empat teratas sekali lagi musim depan.


Malah Hyslop yang kini bertugas sebagai pengulas di ESPN percaya rakan sepasukan James di Wales itu mampu menyelesaikan masalah United manakala Bales sendiri bagaikan dalam buangan di Real Madrid.


“Saya fikir ada beberapa kelab Liga Perdana Inggeris yang akan mengambil peluang terhadap Gareth Bale pada harga yang tepat,” kata Hyslop.


“Saya memahami kebimbangan terhadap kecergasannya. Namun, apabila bercakap mengenai Liga Perdana Inggeris, Manchester United mungkin boleh membeli seorang seperti Gareth Bale.”


Norlida Ishak Shop