Expired : 18.06.18

Pemilik tanah kuil janji beri kerjasama kepada kerajaan

SUBANG JAYA, 21 Rabiulawal 1440H, Khamis – Peguam One City Development, Haniff Khatri Abdulla berkata, Ayala Corporation yang merupakan pemilik kepada tanah Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya berjanji untuk menghulurkan kerjasama penuh kepada kerajaan berhubung pertikaian tanah itu.


Haniff yang baru dilantik selepas insiden rusuhan di kuil tersebut berkata, Ayala Corporation adalah pemilik majoriti MCT Bhd, yang memiliki One City Development Bhd.


Haniff berkata, perkara itu telah disampaikan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi surat rasmi yang dihantar pada pagi ini.


“Lewat pagi ini, syarikat itu (One City Development Bhd) melalui pemilik utama Filipina, telah menghantar surat kepada PMO untuk memaklumkan, peranan dan tujuan pelaburan mereka di Malaysia, dan berjanji akan memberi kerjasama penuh,” katanya seperti dilapor media tempatan.



Haniff berkata demikian semasa sidang akhbar hari ini di pejabatnya di Petaling Jaya.


Pada masa sama, Haniff berkata, syarikat itu juga menafikan sebarang pembabitan dalam dakwaan mengupah samseng untuk menceroboh Kuil Sri Maha Mariamman pada pagi Isnin lalu.


“Mereka juga sedih dengan tuduhan bahawa mereka terlibat dalam aktiviti mengupah samseng, yang mereka nafikan sekeras-kerasnya,” katanya.


The post Pemilik tanah kuil janji beri kerjasama kepada kerajaan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop