Expired : 18.06.18

Pemimpin DAP makin celupar


BANGI, 1 Jamadilawal 1440H, Isnin – Keceluparan dan kebiadaban parti cauvinis dan tamak haloba DAP, semakin ketara sejak kebelakangan ini, terutama selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, dan menguasai kerajaan.


Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Johor, Juwahir Amin berkata, terbaru ialah sikap kurang ajar Ahli Majlis Daerah Pontian, Mohammad Kamarul Ariffin Harris Fadzillah daripada DAP, terhadap Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.


“Perlekehan (terhadap TMJ) dan keangkuhan terbukanya di media sosial itu adalah keterlaluan dan melampau,” katanya mengulas kenyataan Mohammad Kamarul dalam Facebooknya beberapa hari lalu.


Mohammad Kamarul dilihat menghina TMJ dan institusi raja Johor berhubung isu Pulau Kukup apabila menggunakan bahasa tidak beradab dalam tulisannya. Dia menulis:


“…Nak minta simpati dan alihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar. taktik macam ini dah basi lah Tunku. Pulau Kukup apa cerita Tunku? Adakah Pulau Kukup akan dibangunkan sebagai Forest City kedua ataupun ‘Kukup City’ pada masa akan datang?


“Ingat Tunku, Pulau Kukup bukan harta pusaka nenek moyang Tunku dan kerabat Diraja Johor. Pulau Kukup adalah milik rakyat dann sila pulangkan Pulau Kukup kepada Rakyat.”


Bagaimanapun, Mohammad Kamarul dalam kenyataan terbaharunya memohon maaf kepada TMJ dan keluarga diraja Johor berhubung kenyataannya itu.


Mengulas lanjut, Juwahir mempersoalkan mengapa sejak Pakatan Harapan (PH) memerintah berlaku pelbagai perkara yang menggugat dan mengancam seperti itu.


“Sikap celupar dan biadab oleh ahli politik dari PH khususnya DAP dilihat semakin ketara dan berleluasa mutakhir ini, sama ada berjawatan di peringkat nasional, hinggalah ke cawangan


“Apakah DAP dan rakan sekutunya dalam PH sudah berasa cukup kuat dan kebal hingga berperangai sewenang-wenang dan sombong sedemikian rupa,” katanya.


Ahli Majlis Daerah Pontian mohon maaf hina TMJ


The post Pemimpin DAP makin celupar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop