Expired : 18.06.18

Pemimpin PH Dulu Bising, Sekarang Bisu





Jun 10, 2019

0 Comments







KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang dahulunya sering membantah sebarang projek pembangunan termasuk penambakan laut tetapi kini hanya diam membisu.


Beliau merujuk kepada projek penambakan laut Pulau Pinang Selatan yang melibatkan kawasan seluas 4,500 ekar dan cadangan penambakan laut seluas 12,400 ekar untuk dua projek pembinaan lapangan terbang di Pulau Pinang.


Menurut Najib, selepas memenangi pilihan raya setahun yang lepas, kerajaan Pakatan Harapan kini sedang mengusahakan projek penambajan laut yang jauh lebih besar berbanding ketika pentadbiran Barisan Nasional.


“Dulu PH bantah projek penambakan laut Melaka Gateway (608 ekar) dan Forest City Johor (3,425 ekar).“Tapi selepas menang, kerajaan PH sedang mengusahakan projek penambakan laut yang jauh lebih besar.




“Misalnya, kerajaan PH sedang meluluskan projek penambakan laut Pulau Pinang Selatan (4,500 ekar) di pulau yang kini sedang kuat dibantah oleh NGO-NGO dan rakyat tempatan.


“Hari ini pula, media melaporkan bahawa kerajaan PH dalam perbincangan untuk dua projek pembinaan lapangan terbang di negeri Pulau Pinang.


“Satu cadangan ialah untuk penambakan laut sebesar 5,000 hektar (12,400 ekar) di Seberang Perai.


“Satu lagi pula ialah untuk mengambil beribu-ribu hektar tanah milik pesawah-pesawah tempatan.


“Pemimpin-pemimpin PH yang dulu kuat bantah kini semua bisu. Ada yang terang-terang kuat menyokong projek-projek baru ini pula,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.


Hari ini, sebuah akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan satu laporan ekslusif yang memetik sumber mengatakan sebuah syarikat swasta telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk membina sebuah lapangan terbang baharu di Pulau Pinang.


Manakala sebuah lagi syarikat lain akan berbuat demikian tidak lama lagi.


Menurut akhbar berkenaan, cadangan untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Utara Malaysia (NMIA) itu bakal mengambil alih ribuan hektar kawasan penanaman padi manakala satu lagi cadangan yang digelarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Wilayah Utara (NORIA) memerlukan tanah seluas 5,000 hektar di pesisir selatan Seberang Perai.


Kedua-dua lokasi berkenaan terletak kira-kira 10 kilometer di antara satu sama lain.


Sekiranya berjaya dilaksanakan, ia bakal mengakhiri perkhidmatan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas yang mana terletak di dalam kawasan pulau.


Projek yang dijangka menelan kos itu terletak di sempadan Kedah, Pulau Pinang dan Perak.


Ketika ini kawasan tersebut merupakan sawah padi. – MalaysiaGazette




Loading...








Artikel Berkaitan



Norlida Ishak Shop