Expired : 18.06.18

Peminat MU hantar surat kepada Klopp, rayu Liverpool berhenti menang

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp meraikan kejayaan Liga Premier di Selhurst Park di London, 23 November 2019. ― Foto Action Images via Reuters
Pengurus Liverpool Jurgen Klopp meraikan kejayaan Liga Premier di Selhurst Park di London, 23 November 2019. ― Foto Action Images via Reuters

KUALA LUMPUR, 21 Feb — Seorang kanak-kanak menghantar surat merayu pengurus Liverpool, Jurgen Klopp supaya berhenti memenangi perlawanan liga.

Darragh Curley, 10, berkata surat dihantar kerana sebagai penyokong Manchester United (MU, beliau berasa “sedih” melihat Liverpool menang terlalu banyak, lapor BBC.


“Jika awak menang sembilan perlawanan lagi, maka awak akan jadi pasukan terbaik yang tidak pernah kalah dalam Liga Perdana Inggeris (EPL). Menjadi peminat MU ini tentunya amat menyedihkan,” katanya dalam surat berkenaan.


“Jadi bila Liverpool main selepas ini, tolonglah kalah. Awak patut benarkan kelab lain jaringkan gol dalam perlawanan nanti. Saya harap saya sudah dapat yakinkan awak untuk tidak menang lagi dalam perlawanan liga atau pertandingan lain.”


Namun tanpa disangka pelajar sekolah Glenswilly, surat itu kemudian dibalas Jurgen.


Memuji semangat Darragh, tapi pengurus kelab juara dunia Fifa 2019 menyatakan, Liverpool tidak berhasrat memenuhi rayuan tersebut.


“Malangnya, di kesempatan ini, saya tidak dapat tunaikan permintaan kamu,” kata Jurgen.


“Sebagaimana awak teringin tengok Liverpool kalah, tapi ia adalah tugas saya melakukan segalanya bagi membantu kelab ini menang kerana jutaan orang seluruh dunia mahukannya berlaku, jadi saya tak mahu kecewakan mereka.”


Liverpool kini berada dikedudukan teratas EPL, dengan rekod tanpa kalah dalam 26 perlawanan setakat ini, malah jauh meninggalkan pasukan ditempat kedua dengan  22 mata.


Sementara MU kendalian Ole Gunnar Solskjaer berada di tempat ketujuh, dibawah pasukan Sheffield United, dengan lapan kali kalah.