Expired : 18.06.18

Peminat Tegur Penampilan Terkini Zaquan Adha Seiras Shah Rukh Khan, “Ingat Saya Seorang Yang Perasan!” – Ayu Raudhah

Baru-baru ini pemain bola sepak pasukan Kedah, Mohd Zaquan Adha ada berkongsi sekeping foto memaparkan yang dia sedang menjalani sesi latihan di padang bola. Ternyata foto tersebut telah menarik perhatian peminat yang mengikuti perkembangan pemain bola tersebut di media sosial instagram.



Menelusuri ruangan komen, ramai pengikut telah menyamakan wajah suami kepada pelakon Ayu Raudhah ini dengan bintang Bollywood terkenal, Datuk Shah Rukh Khan.





Advertisement





Ternyata, komen peminat Zaquan Adha telah menarik perhatian Ayu Raudhah yang turut mengakui wajah suaminya itu seiras dengan bintang filem Mohabbatein itu.






“Ingatkan saya seorang sahaja yang perasan awak macam Shah Rukh Khan,”


Advertisement






Zaquan yang sebelum ini memuat naik foto sesi latihannya itu telah berkongsi perasaan teruja dan bersyukur kerana sudah dapat mula menjalani latihan selepas aktiviti sukan dilarang untuk dilaksanakan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketat sebelum ini.














View this post on Instagram



















Alhamdulillah….My everything..??


A post shared by zaquan adha (@zaqone_08) on





Advertisement

















View this post on Instagram



















Travel brings power and love back to your life?????? ? @wanladongstudio


A post shared by zaquan adha (@zaqone_08) on




 Namun, peminat nampaknya lebih teruja dengan penampilan terkini Zaquan Adha. Pemain bola sepak terkenal yang turut mempunyai kembar seiras itu telah berkahwin dengan aktres Ayu Raudhah pada Januari 2011 yang lalu kini semakin bahagia setelah dikurniakan dengan empat orang cahaya mata iaitu Aisy Qaiser,Aisy Aryann, Laura Zuleykha dan Aisy Al Khaliq.