Expired : 18.06.18

Pemuda Isma sasar 80,000 penggerak menjelang 2030


Oleh Siti Fatimah Ishak


BANGI, 9 Rejab 1440H, Sabtu – Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyasarkan 80,000 ahli sebagai penggerak anak muda menjelang tahun 2030.


Naib Ketua Pemudanya, Aizat Rahimi Rostam Rahimi berkata, sasaran itu diyakini dapat dicapai kerana perjuangan yang dibawa bukan semata-mata untuk kuasa, tetapi untuk bangsa Melayu dan umat Islam keseluruhannya.


Paling utama, katanya, cara fikir perlu diubah supaya dapat menangani kehendak setiap kelompok masyarakat.


“Justeri Pemuda Isma bawakan konsep baru untuk menarik ramai anak muda. Kita ada pelbagai kelab bagi menepati citarasa anak muda. Antaranya kelab aktif, kelab mendaki gunung, kelab memancing, kelab permotoran dan banyak lagi. Kita yakin anak muda akan tertarik,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan ucapan dasar Amir Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman di Hotel Everly, Putrajaya, petang tadi.


Pada masa sama, katanya, Pemuda Isma perlu proaktif dan lantang dalam mewakili golongan belia demi menegakkan perjuangan yang sebenar.


Bahkan, katanya, anak muda juga perlu membina nilai gagah, berani dan berketerampilan dalam jiwa masing-masing, bagi menyediakan generasi pemimpin negara masa sekarang dan akan datang.


“Pemuda Isma kena ada kehendak untuk membina masa depan yang kita lakar sendiri. Perlu ada aras pemikiran dan keberanian yang tinggi. Bukan berpeluk tubuh,” katanya.


The post Pemuda Isma sasar 80,000 penggerak menjelang 2030 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop