Expired : 18.06.18

Pemuda PAS Sabah desak siasat DAP terima dana asing.


14 Februari 2019.

Oleh : Muhammad Salman Darwis.


SANDAKAN : Pemuda PAS Negeri Sabah hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Sandakan mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung dakwaan DAP menerima dana asing termasuk daripada Israel.


Ketua Penerangannya, Mustaman Mustain berkata laporan polis hari ini yang telah didahului oleh laporan polis di beberapa negeri daripada Pemuda PAS seluruh Malaysia merupakan satu tekanan kepada pihak berkuasa agar memulakan siasatan terhadap DAP atas dakwaan berkenaan.


Ujarnya, sebagaimana yang didedahkan oleh bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman bahawa DAP menerima RM300 juta daripada Israel.


Tambahnya, dakwaan Razali itu dikuatkan lagi dengan pendedahan oleh Presiden International Republican Institute (IRI), Daniel Twining mengaku secara terbuka bahawa pihaknya telah memberi dana kepada Pakatan Harapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.


“Dakwaan turut pernah dinyatakan oleh bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa DAP menerima dana segera daripada negara-negara luar untuk membiayai pilihan raya,” tambahnya.


Katanya, pihak mereka percaya bahawa perkara ini berlaku secara sulit dan ia jelas menyalahi integriti serta undang-undang negara yang boleh mendatangkan gugatan atau ancaman terhadap kedaulatan, keselamatan serta kepentingan negara.


“Sehingga sekarang DAP tidak menyaman individu-individu ini dan ia menunjukkan seolah-olah ini dakwaan yang betul justeru wajar pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan segera,” tegas Mustaman.


Turut hadir bersama beliau ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Sahar Abdul Majid dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Sandakan, Adam Ahmad.


The post Pemuda PAS Sabah desak siasat DAP terima dana asing. appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop