Expired : 18.06.18

Penat Sangat Berniaga, Nur Sajat Tertidur Dengan Lambakan Duit

Telalu penat dengan jualan produk bengkungnya sehingga tertidur dengan lambakan duit di atas katil, usahawan kontroversi Nur Sajat yang mengusahakan beberapa perniagaan antaranya bengkung dan barang kemas itu mendapat perhatian netizen.


nursajat tidur dengan lambakan duit


Menurut Sajat, jualan pada hari tersebut mencecah RM100,000, malah Sajat juga memohon maaf kepada para pelanggan yang masih belum menerima barangan mereka kerana stok produknya difahamkan belum sampai.









nursajat tidur duit


“Hari ini busy sangat,sampai saya tertido dengan duit. Buat sale sampai tertidur saya dengan bedak sejuk! Sale hari ini cecah rm100,000.”







Bagaimanapun, seperti yang dijangka, tindakan Sajat itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan usahawan itu seakan menunjuk-nunjuk dan riak dengan kemewahan yang dimiliki oleh dirinya.


nursajat tidur duit nursajat tidur duit nursajat tidur duit


Malah, wujud juga segelintir pengikutnya yang mengatakan tindakan Sajat itu hanyalah lakonan sema-mata untuk melariskan produk.


Tanggapan itu telah menyebabkan Sajat dilabel seperti usahawan yang mahukan publisiti murahan dan tergila-gilakan perhatian daripada para pengikut.


Dalam pada itu, netizen juga menyatakan tindakan itu mampu mendatangkan jenayah kepada dirinya. Hal ini kerana, perkongsian itu boleh menarik perhatian pihak yang berniat jahat seperti merompak dan menceroboh kediaman Sajat kerana mengetahui dirinya dikelilingi wang ringgit.