Expired : 18.06.18

Pencalonan Jawatan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia


Kenyataan Media Pejabat Presiden PAS


PENCALONAN JAWATAN KESATUAN ULAMA ISLAM SEDUNIA



  1. Setelah tempoh pencalonan ditutup pada jam 9 malam (waktu Turki), Isnin 5 November, YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang membuat keputusan untuk tidak mengisi dan menyerahkan borang pencalonan kepada Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS).



  1. Hasrat ini telah dinyatakan oleh YB Dato Seri sebelum berangkat ke Turki, dan telah disampaikan kepada beberapa pimpinan tertinggi KUIS setelah mempertimbangkan keterbatasan komitmen dan kesihatan, namun bersedia untuk terus menyumbang idea dan pandangan untuk kebaikan KUIS.



  1. Agenda pemilihan akan berlangsung pada hari Rabu, 7 November dan keputusan rasmi dijangka diumumkan sebelum Majlis Penutup pada hari Khamis, 8 November.


Sekian untuk makluman.


Islam Memimpin


SYAHIR SULAIMAN


Setiausaha Politik Presiden PAS


6 November 2018, Istanbul.


The post Pencalonan Jawatan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop