Expired : 18.06.18

Pendaftaran Internet Jalur Lebar Kelajuan Tinggi Memperlihatkan Peningkatan Sebanyak 8 Kali Sepanjang 2018

Semenjak kerajaan memaksa syarikat-syarikat pembekal Internet di Malaysia untuk mengurangkan harga pasaran internet melalui Standard Mandatori Mengenai Harga Pasaran (MSAP), nampaknya semakin ramai rakyat Malaysia sedang menikmati sambungan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi.


Melalui sebuah laporan yang baru sahaja dikeluarkan oleh Surujanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), jumlah langganan sambungan internet jalur lebar berkelajuan tinggi melebihi 100Mbps dikatakan telah meningkat sebanyak lapan kali dari 150,000 pelanggan pada tahun 2017 ke 1.2 juta pelanggan pada penghujung tahun 2018.


Laporan tersebut turut menyatakan bahawa sepanjang lima tahun dari 2014-2018, jumlah langganan sambungan internet jalur lebar meningkat sebanya dua kali kepada 39.4 juta pelanggan.


Apa yang lebih menarik lagi ialah didalam tempoh yang sama, ia juga diperlihatkan bahawa penembusan internet jalur lebar di bagi setiap 100 penduduk di Malaysia meningkat dari 68.8 peratus pada tahun 2014 kepada 121 peratus pada tahun 2018.


Ini dikatakan kerana kehadiran sambungan 3G dan 4G di kawasan-kawasan pedalaman memberi para pengguna satu alternatif untuk berhubung ke internet jika talian tetap jalur lebar tidak dapat digunakan.


Dalam pada itu, lingkungan jalur lebar High Speed Broadband (HSBB) dikatakan meningkat kepada 5.5 juta pengguna pada penghujung tahun 2018 berbanding dengan 3.5 juta pengguna pada tahun 2015.


Norlida Ishak Shop