Expired : 18.06.18

Penduduk kecoh apabila Budak perempuan 2 tahun dijadikan tebusan. Akhirnya ini yang berlaku kepada Suspek dan budak tersebut

Budak perempuan 2 tahun jadi tebusan


KANAK-kanak perempuan berusia dua tahun dijadikan tebusan oleh seorang lelaki dengan diacukan pisau di tingkat 4, Taman Telipok Ria, Tuaran, Kota Kinabalu.


Polis sudah mengepung rumah terbabit dan dalam usaha memujuk suspek supaya melepaskan kanak-kanak berkenaan.


Difahamkan, lelaki itu bersembunyi di dalam tandas di rumah berkenaan.


Kejadian bermula pada kira-kira jam 12 tengah hari tadi apabila lelaki dianggarkan berusia 30-an dikatakan melarikan mangsa.


Lelaki yang tidak dikenali oleh penghuni itu membawa kanak-kanak terbabit di sebuah rumah di tingkat 4, berdekatan rumah ibu bapa mangsa.


Tinjauan di lokasi kejadian mendapati sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran berada di lokasi bersama sepasukan anggota dari D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.


Turut berada di lokasi ialah sepasukan anggota bomba.


Beberapa penghuni turut menyediakan tilam di tingkat bawah bagi menghadapi sebarang kemungkinan.



Suspek culik budak dipercayai sakit mental


LELAKI yang ditembak mati selepas menjadikan seorang kanak-kanak perempuan sebagai tebusan di rumah di tingkat 4, Taman Telipok Ria, Kota Kinabalu, tengah hari ini, dipercayai mengalami masalah mental.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, berkata siasatan mendapati suspek datang ke sebuah rumah yang menjual barangan runcit bersebelahan dengan rumah dimasuki suspek.


“Selepas itu, suspek sambil membawa pisau keluar dari rumah yang menjual barangan runcit lalu menangkap kanak-kanak terbabit.


“Suspek kemudian membawa kanak-kanak itu masuk ke dalam sebuah rumah sambil mengacukan pisau di leher mangsa,” katanya kepada media di lokasi kejadian.


Omar berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 4 petang sebelum menghantar anggota dan berunding dengan suspek supaya melepaskan kanak-kanak terbabit.


“Tetapi suspek enggan dan terus meletakkan pisau di leher kanak-kanak terbabit hingga mangsa luka.



“Suspek cuba mencampak mangsa keluar tingkap di tingkat empat menyebabkan polis segera melepaskan beberapa das tembakan mengenai suspek.


“Suspek mati di tempat kejadian dan polis segera menyelamatkan mangsa lalu dibawa ke hospital,” katanya.


Beliau berkata, siasatan mendapati suspek bukan tinggal di kawasan perumahan itu dan dipercayai warga asing kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.


“Ketika rundingan, suspek tidak ada membuat apa-apa permintaan dan motif tidak diketahui.


“Kemungkinan suspek ada masalah mental, namun siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.


Difahamkan, ketika rundingan dengan suspek, mangsa kelihatan lemah kerana hampir empat jam ditawan di bahagian dapur rumah berkenaan.


VIDEO:



sumber: hmetro


Norlida Ishak Shop