Expired : 18.06.18

Penduduk terkejut rumah mereka ditelan bumi depan mata

Penduduk di daerah Sangasanga, Kalimantan Timur semalam, terkejut apabila fenomena  seakan ‘likuifaksi’ atau pencairan tanah berlaku secara tiba-tiba dan menenggelamkan rumah mereka.


skrol ke bawah untuk terus lihat video


Fenomena seperti yang berlaku di Palu itu berpunca daripada lenturan tanah akibat gegaran gempa bumi yang menjadi lembab dan berair boleh mengakibatkan pergerakan tanah serta tanah jerlus yang membawa kepada kemusnahan tempat tinggal dan sebagainya.


Selepas jabatan geologi Indonesia meninjau kawasan yang terjejas, mereka mendapati kejadian itu sebenarnya berpunca dari perlombongan arang batu di daerah itu yang berleluasa.


Jaringan Advokasi Tambang (Jatam) Pradarma Rupang menyarankan pihak kerajaan Indonesia supaya memberhentikan kerja melombong dikawasan itu kerana kesan tanah jerlus telah menyebabkan jalan Sangasanga-Muara Jawa terputus.


Rupang berkata, kejadian ini adalah yang kedua berlaku di situ menyebabkan jalan runtuh dan menenggelamkan rumah disebabkan oleh kegiatan perlombongan tidak terkawal. Akses ke jalan utama Budiono di daerah Sangasanga turut runtuh sedalam lebih kurang 100 meter. Jalanraya dan tanah dikawasan ini runtuh disebabkan oleh kegiatan perlombongan, katanya.


Sementara itu, pegawai Perhubungan Awam PT ABN Wagianto menjelaskan bahawa jarak di antara tapak lombong dan lokasi kejadian itu adalah sekitar 200 meter. Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat menentukan sama ada terdapat aktiviti perlombongan pada masa kejadian itu atau tidak.


“Untuk itu, saya tidak boleh mengesahkannya, tidak ada aktiviti,” katanya ringkas.


Kejadian seperti ini pernah berlaku di beberapa lokasi lain seperti di Marina, San Francisco, Amerika Syarikat pada 1989, Pelabuhan Kobe (1995) dan juga kemusnahan kawasan perumahan serta bandar pinggiran di Christchurch, New Zealand (2010).


Berikut merupakan rakaman insiden pergerakan tanah atau tanah jerlus yang berlaku di Palu akibat bencana alam tersebut:




The post Penduduk terkejut rumah mereka ditelan bumi depan mata appeared first on OhGebang.


Norlida Ishak Shop