Expired : 18.06.18

Penerbit Hantu Kak Limah Bayar Bonus Ciput Walaupun Raih RM38 Juta

Awie menzahirkan rasa terkilan dan kecewa dengan wang bonus diterimanya walaupun filem tersebut meraih kutipan RM38 juta. Malah, jumlah wang bonus yang diperoleh sama seperti wang bonus yang diperolehnya menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang hanya mengutip sebanyak RM8 juta.



Menurut Awie, jika jumlah wang bonus yang diterimanya sebagai pelakon utama sedikit, bayangkan berapa wang bonus yang diterima oleh pelakon-pelakon lain dan pekerja belakang tabir filem tersebut. Baginya, perkara ini harus disuarakan untuk membela nasib anak seni agar tidak berlaku perkara sebegini lagi dalam industri seni tanahair.


Awie



Tambahnya, jika filem ini ada sambungan daripada penerbit yang sama iaitu Infinitus Gold, beliau tidak akan berlakon kerana serik serta tidak kisah jika mahu mematikan watak Husin itu. Ini adalah pertama dan terakhir beliau bekerja dengan penerbit tersebut.


Mungkin pihak Infinitus Gold boleh menyelesaikan isu tersebut dengan memberikan wang bonus yang setimpal dengan usaha mereka yang menjayakan filem tersebut. Takkan lah dah raih RM38 juta pun masih nak beri wang bonus sedikit.


Norlida Ishak Shop