Expired : 18.06.18

Penetapan Pakaian Patuh Syariah Bagi Bidang Sukan Disambut Baik Oleh Atlet

Penetapan syarat pakaian patuh syariah dalam bidang sukan di Kelantan dilihat mudah diterima oleh atlet mahupun penduduk Kelantan sendiri.

Wan Roslan Wan Hamat yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO berkata, menerusi Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998, penduduk menyambut baik syarat yang diperkenalkan.

Walaupun syarat pakaian menutup aurat dikenakan sejak sekian lama, namun beliau berkata, pihaknya tidak menerima sebarang bantahan berhubung isu tersebut.

“Ia tidak hanya terhad kepada aktiviti hiburan seperti dikir barat sebaliknya diperluaskan kepada sukan Awang Selamat (bina badan), muay thai, boxing, sukan p dan bola sepak Liga Dun.

“Walaupun susah untuk dilaksanakan, tapi menutup aurat wajib dipatuhi walau apa jua bidang kita,” katanya.

Selain Kelantan, kerajaan Negeri Terengganu turut memutuskan untuk melaksanakan konsep pemakaian patuh syariah kepada atlet sukan yang akan bermula tahun hadapan dan akan dilakukan secara berperingkat.

TIDAK dapat disangkal lagi bahawa penglibatan wanita Islam dalam acara sukan semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Sebenarnya tidak salah jika mereka mahu menyertai akti-viti sukan, bahkan digalakkan.

Tetapi, mereka haruslah menjaga etika berpakaian. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan garis panduan berpakaian sukan bagi wanita dan lelaki dalam laman web rasminya.

Atlet negara, Nur Suryani Mohd. Taibi misalnya tidak ke­tinggalan mengharumkan nama Malaysia dalam acara menembak. Walaupun berpakaian menutup aurat, beliau masih mampu merangkul pi­ngat emas ketika Sukan SEA 2011.

Ini membuktikan cara berpakaian tidak menentukan seseorang itu berjaya atau tidak sebaliknya lebih penting ialah kemahiran seseorang atlet itu.

Kita juga gembira kerana telah tampil banyak pihak yang memperkenalkan pakaian sukan menutup aurat. Misalnya, seorang ahli perniagaan dari Turki, Mehmet Sahin telah mereka bentuk pakaian renang khusus untuk Muslimah yang menceburi sukan akuatik.

Sorang peniaga di Australia juga telah memperkenalkan pakaian renang yang menutup aurat khas untuk wanita Islam. Pakaian yang diperbuat daripada polyester ini menutup kepala hingga ke kaki.

Pengenalan pakaian yang dinamakan sebagai Burqini juga disokong oleh Majlis Islam Australia. Pakaian ini memberi kebebasan kepada wanita Islam untuk menjalankan aktiviti sukan air termasuk renang tanpa mendedahkan aurat mereka.

Langkah memperkenalkan pakaian menutup aurat yang lebih selesa untuk dipakai te­lah menggalakkan lebih ramai wanita menceburi acara sukan terutama di peringkat kejohanan antarabangsa.

Nike cipta tudung khas atlet muslimah

Ketika sebahagian penduduk dunia mencurigai Muslimah bertudung, syarikat pengeluar pakaian sukan terkemuka sebaliknya tampil dengan sesuatu yang lain.

Untuk kali pertama, Nike kini menawarkan produk yang dianggap sesuai dipakai atlet Muslimah yang selama ini dihantui kekangan pakaian patuh syariah.

Tudung khusus untuk atlet Muslimah itu akan dilancarkan pada awal tahun depan, sekali gus menjadikan Nike sebagai pengeluar pertama yang menawarkan tudung kepada ahli sukan, kata syarikat itu dalam kenyataan rasminya.

Berfungsi sebagai penutup aurat wanita di bahagian kepala, tudung tersebut akan dipasarkan dengan jenama ‘Nike Pro Hijab’ dengan reka bentuk membolehkan penggunanya mengekalkan prestasi di atas gelanggang.

Produk itu dihasilkan menggunakan bahan poliester yang ringan dan direka bentuk dengan lubang-lubang halus supaya tidak menyerap haba, serta cepat kering.

“Tempoh setahun diperlukan untuk mencipta produk ini dengan dorongan untuk kembali membawa misi Nike iaitu semua orang boleh menjadi atlet,” kata kenyataan tersebut.

Untuk mempromosi Nike Pro Hijab, syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu menggunakan beberapa atlet beragama Islam sebagai model. Antaranya Amna Al Haddad, Manal Rostom dan Zahra Lari.

Usaha Nike itu juga bertitik tolak daripada aduan beberapa atlet wanita muslim kepada syarikat itu mengenai kesukaran mereka untuk memakai tudung sesuai ketika beraksi.

Norlida Ishak Shop