Expired : 18.06.18

Pengakuan Syed Saddiq Terhadap Gambarnya Bersama Seorang Gadis. Rupanya Gadis Itu Hanya?



Inilah Biodata Syed Saddiq:




1. Anak Jati Johor


Nama penuh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman


Syed Saddiq Dilahirkan pada 6 Disember 1992


Anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik


Ibunya merupakan seorang guru dan ayahnya perkerja buruh yang berulang-alik ke Singapura.


2.  Pendidikan


Royal Military College (Sekolah Menengah)


Pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) Universiti Islam Antarabangsa


Mejadi felo akademik di Universti Temple, Philadelphia dalam bidang Pluralisme agama dan seni dialog.


Mendapat tawaran biasiswa Blavatanik dan ditawar menyambung pengajian peringkat master di Unversiti Oxford.


3. Anugerah


Anugerah Perdana Belia Negara (Anugerah Berprestij Belia Diiktiraf Perdana Menteri)


Anugerah Merdeka (Menteri Belia Dan Sukan)


Anugerah Ikon Varsiti Berita Harian


Anugerah Kepimpinan Pelajar Kebangsaan


Anugerah Rektor IIUM (Sebanyak 3 kali)


Anugerah Platinum Pertama IIUM (Sumbangan Cemerlang Kepada Universiti)


4. Pendebat Terbaik Dunia


Pemegang Rekod Dunia dalam sejarah Kejohanan Debat Universiti Dunia


Pendebat Terbaik Asia (3 Kali Berturut-turut)


Pendebat Terbaik Australia, Cambridge & Oxford Inter Varsities Debate Championship (ESL)


Individu Asia Pertama dilantik sebagai Ketua Hakim (Cambridge Inter Varsities di UK)


Ketua Hakim (Kejohanan Debat Universiti Dunia di Netherlands)


5. Pengalaman


Syed Saddiq telah dijemput untuk mengadakan seminar di lebih daripada 25 negara seperti Afrika Selatan, Pakistan, Filipina, Taiwan, China, Qatar, & lain-lain untuk mengajar debat dan pembangunan belia. Beliau juga telah bercakap di TedxYouth dan pelbagai simposium anti rasuah.


6. Hobi


Suka mengajar


Membaca Buku


Peminat setia kucing


Mendengar Lagu Selena Gomez


7. Bergiat Aktif


Seawal usia 23 tahun, Syed Saddiq merupakan salah seorang pengasas bersama dan menjadi ketua pemuda bagi parti Pribumi Bersatu Malaysia. Beliau kini bekerja sebagai pemikir polisi awam dan pada masa yang sama bekerja separuh  masa di 3 tempat berbeza. Beliau melatih pasukan debat dan bersyarah secara berkala di luar negara (Qatar, China, Indonesia, Filipina)


8. Inspirasi


Bertugas sebagai Pegawai Penyelidik kepada Negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad



SELEPAS tular gambar gadis yang dikaitkan menjalin hubungan dengannya, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mula ‘membuka mulut’ bagi memberitahu hal sebenar.


Memberitahu kepada Sinar Harian, Saddiq berkata, ‘gadis itu bukan teman wanitanya’.


Itu berita palsu, hahahaha….Saya tiada apa-apa pun (hubungan), gadis itu mengambil gambar dengan saya kira-kira setahun lalu,” katanya ringkas.


Beberapa hari lalu tular gambar gadis yang dikaitkan dengan beliau selepas memperlihatkan Saddiq bergambar bersama mesra dengan seorang gadis.


Norlida Ishak Shop