Expired : 18.06.18

Penganggur tetak ketua polis Besut direman

Polis memeriksa kawasan kejadian tetak di Kampung Padang Luas, Besut, Terengganu. ― Foto Bernama
Polis memeriksa kawasan kejadian tetak di Kampung Padang Luas, Besut, Terengganu. ― Foto Bernama

BESUT, 16 Ogos ― Suspek lelaki yang menetak Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi di depan rumah dengan parang tengah hari semalam direman selama tujuh hari.

Suspek yang juga penganggur, 33, disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya, lapor Harian Metro.


Terdahulu, suspek, dikatakan mempunyai masalah mental dan tinggal berhampiran rumah mangsa di Kampung Padang Luas di sini, diberkas polis di Felda Selasih, Jertih pukul 4.15 petang semalam.


Dalam kejadian 12.50 tengah hari, Mohd Zamri, 55, dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian kerana cedera di kepala dan menjalani pembedahan menyambung kembali ibu jari kaki kanan yang terputus akibat ditetak suspek.


Norlida Ishak Shop