Expired : 18.06.18

Pengaruh Trafik Terhadap Ozon Paras Tanah Di Bandar

Oleh : Hasifah Abdul Aziz
Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan



Kemorosotan kualiti udara di bandar adalah lebih tingg dari kawasan perindustrian dan luar bandar. Kualiti udara diukur berdasarkan Air Pollution Index (API), iaitu dengan mengambil kira indeks 5 bahan pencemar utama iaitu ozon paras tanah (O3), karbon monoksida (CO), sulfur dioksida (SO2), nitrogen dioksida (NO2) dan kumin pepejal (PM10) – yang bersaiz kurang dari 10 micron- zarahan yang boleh meresap kedalam paru-paru. Berdasarakan lima parameter ini, kawasan bandar merekodkan bahan pencemar yang tertinggi sepanjang tahun 2010 sehingga tahun 2017.


Ozon merupakan bahan pencemar merbahaya kepada kesihatan terutama golongan tua dan kanak-kanak. Selain itu, menurut WHO, peningkatan paras ozon di sesuatu kawasan boleh menyebabkan masalah kesihatan paru-paru.


Tindak Balas Kimia Bahan Pencemar di bandar


Bahan pencemar yang terhasil adalah sebahagian besar dari sumber aktiviti manusia. Sebagai contoh sumber bahan pencemar utama di kawasan bandar adalah daripada asap kenderaan. Penghasilan bahan pencemar dari asap kenderaaan adalah nitrogen dioksida. Nitrogen dioksida akan bertindak balas secara aktif diudara dan menghasilkan bahan pencemar kedua iaitu ozon.


Ozon yang terhasil dari tindak balas kimia ini merupakan ozon ‘jahat’. Paras ozon menjadi perhatian terutama di bandar Kuala Lumpur dan luar bandar sekitar Kuala Lumpur sebagai contoh paras ozon adalah tinggi di Shah Alam dan Petaling Jaya kerana sumber bahan utama pencemar ozon dari bandar akan bergerak melalui tiupan angin ke kawasan luar bandar. Shah Alam adalah sebagai kawasan penerima bahan pencemar dari luar walau bagaimanapun Shah Alam merupakan kawasan komersil-perindustrian. Aktiviti yang sedia ada di Shah Alam menjadikan kawasan ini lebih tinggi bacaan ozon paras tanah jika dibandingkan kawasan luar bandar sekitar yang lain.


Kajian


Beberapa kajian yang dijalankan menjelaskan dengan lebih terperinci tindak balas kimia ozon di udara dan mencadangkan tedapat waktu tertentu dimana titik penghasilan ozon berlaku di bandar seperti Shah Alam iaitu pada jam 10 pagi sehingga 11 pagi. Titik penghasilan ozon di bandar sedikit lambat (10.00 -11.0 pagi) jika dibandingkan di luar bandar (8.00 – 10.00 pagi).


Ini disebabkan jumlah kenderaan trafik di jalanraya adalah tinggi berbanding kawasan luar bandar iaitu pada jam 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Peningkatan sumber utama iaitu Nitrogen oksida (NO) tinggi dan menyebabkan peningkatan titrasi NO, seterusnya menyebabkan peningkatan photolisis NO2. Titik penghasilan ozon adalah bergantung kepada kadar titrasi NO.


Kesimpulan


Penggunaan kenderaan bermotor perlu dikurangkan pada waktu waktu tertentu untuk mengelakkan penhasilan bahan pencemar seperti ozon paras bumi yang memberi kesan buruk kepada kesihatan jika dihidu. Sebagai masyarakat yang hidup dalam pembangunan lestari, kita sebagai penyumbang utama bahan pencemar perlu tahu dan prihatin ke atas impak bahan pencemar terhadap kualiti udara- kualiti udara yang bagus untuk kita hirup.


Kredit Foto : CleanMalaysia


10total visits,5visits today


Norlida Ishak Shop