Expired : 18.06.18

Pengasas Dyson Beli ‘Penthouse’ Termewah Di Singapura Bernilai RM223,587,000

Pengasas jenama pembersih hampagas dan pengering rambut terkenal Dyson, James Dyson mencipta satu rekod baharu dengan pembelian rumah jenis Penthouse termahal di Singapura. Aset terbaharu milik James dan isterinya itu merupakan aset kedua yang dimiliki di Singapura selepas membeli sebuah rumah yang terletak di Boulevard Vue, Orchard Road bulan lepas.


1000x-1


Menurut media tempatan, Business Times menyebut penthouse tersebut merupakan salah satu aset termahal di Singapura disebabkan oleh kedudukan unit tersebut yang mempunyai pemandangan yang amat menarik. Business Times turut menyebut unit tersebut bernilai USD54,000,000 (~RM223,587,000).


Penthouse tersebut terletak di Wallich Residence tersebut menjadi salah sebuah kawasan rumah termahal disebabkan lokasinya yang terletak di tengah-tengah bandar Singapura. Setiap unit mempunyai kemudahan seperti infinity pool, jacuzzi, tempat BBQ dan lift persendirian.




Norlida Ishak Shop