Expired : 18.06.18

Pengasas Wunderlist Ingin Membeli Semula Aplikasi Berkenaan Daripada Microsoft

Wunderlist merupakan salah satu aplikasi pengurusan tugasan yang popular dan mempunyai ramai pengguna suatu ketika dahulu. Dengan popularitinya yang tinggi, sebelum ini Microsoft telah mengambil-alih Wunderlist pada 2015 yang lepas.


Wunderlist


Sejak pengambil-alihannya, Microsoft turut telah hadir dengan penawaran berjenama mereka tersendiri, iaitu Microsoft To-Do. Ini sekaligus membuatkan pembangunan untuk Wunderlist tidak begitu aktif, malah Microsoft telah mengatakan mereka akan menamatkan aplikasi berkenaan selepas semua ciri diintegrasikan pada Microsoft To-Do.


Kini, lanjutan daripadanya, pengasas asal Wunderlist mengumumkan secara terbuka yang mana beliau ingin membeli kembali Wunderlist daripada Microsoft dan memastikannya ia terus beroperasi. Malah, beliau turut mengatakan supaya Microsoft boleh menyimpan pasukan disebaliknya untuk Microsoft To-Do seperti biasa.


Ia tidak diketahui lagi apakah respon pihak Microsoft berkenaan hal ini buat masa ini.



Still sad @Microsoft wants to shut down @Wunderlist, even though people still love and use it. I’m serious @satyanadella @marcusash, please let me buy it back. Keep the team and focus on @MicrosoftToDo, and no one will be angry for not shutting down @Wunderlist. pic.twitter.com/27mIABncLF


— Christian Reber (@christianreber) September 6, 2019



Norlida Ishak Shop