Expired : 18.06.18

Pengguna Huawei P30? KinI Anda Boleh Daftar Untuk Menguji EMUI 10 Beta Berasaskan Android 10

Huawei telah pun memperkenalkan Huawei P30 Pro baru dilengkapi Android 10, dan pada masa yang sama turut telah membuka pendaftaran untuk para pengguna peranti Huawei P30 dan Huawei P30 Pro untuk mencuba sistem operasi generasi baru berkenaan.


EMUI 10 Beta


Bagi anda yang menggunakan kedua-dua peranti berkenaan, kini anda boleh mendaftar untuk menguji EMUI 10 Beta. Pendaftaran ini dibuka oleh pihak Huawei sehingga 19 September 2019 ini.


Untuk menyertainya, anda hanya perlu memuat-turun aplikasi Huawei Beta Test, dan seterusnya mendaftarkan diri untuk menyertai ujian EMUI 10 Beta.


Huawei mengatakan pengguna akan ditawarkan dengan kemaskini untuk EMUI 10 Beta ini antara 12 September sehingga 19 September 2019 kelak.


EMUI 10 Beta menyertakan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk kemaskini pada antaramuka, rekaan tema gelap serba baru, susunan ikon yang diberikan nafas baru, beberapa mod rakaman yang dikemaskini, serta sejumlah ciri baru yang lain.



Norlida Ishak Shop