Expired : 18.06.18

Pengguna Kini Boleh Masuk Ke Akaun Google Dengan Mengimbas Cap Jari Sahaja

Sekian lama, apabila kita ingin log masuk ke akaun Google – kata laluan diperlukan. Atau paling mudah adalah melalui pengesahan dengan peranti lain. Kini Google ingin memudahkan lagi pengguna dengan menggunakan teknologi sedia ada dan lebih selamat – lebih-lebih lagi bagi mereka yang skeptikal dengan sekuriti daripada Google sendiri.



Pengguna kini boleh log masuk ke akaun Google hanya dengan mengimbas cap jari sahaja. Google menggunakan sistem FIDO2, yang mana adalah sejenis pengesahan dwi-faktor – tetapi tidak menggunakan sebarang kata laluan. Pengguna boleh menggunakan pin, corak atau imbasan cap jari sahaja. Ia adalah seperti sokongan yang diperkenalkan pada akaun Microsoft pada November tahun lepas. Sokongan FIDO2 ini sudah lama diiktiraf untuk peranti Android, tetapi Google masih tidak mengimplementasikan pada akaun Google sendiri. Ia hanya terhad jika pembangun aplikasi sertakan sokongan sekuriti ini sahaja.



Buat masa ini ia masih di peringkat awal dan hanya beberapa perkhidmatan Google sahaja yang menyokong fungsi ini. Salah satu contoh adalah laman web password.google.com untuk simpanan kata laluan pengguna. Kemudian, hanya peranti Pixel sahaja yang menyokongnya buat masa ini. Peranti-peranti lain akan mula menerima fungsi ini dalam masa terdekat, dengan syarat peranti tersebut menjalankan sekurang-kurangnya Android Nougat.


Norlida Ishak Shop