Expired : 18.06.18

Pengguna Unifi Di Lahad Datu Dan Tawau Terkesan Akibat Kebakaran Kabel

Telekom Malaysia melalui akaun Twitter Unifi baru sahaja mengumumkan bahawa terdapat inisiden kebakaran kabel dimana pengguna-pengguna Unifi di kawasan Tawau dan Lahad Datu di Sabah terkesan, dan sedang mengalami isu gangguan Internet.


Buat masa ini, tiada butiran khusus yang diberikan oleh pihak Unifi, kecuali bahawa tugas-tugas pulih baik sedang dijalankan, dan mereka akan cuba menaikkan semula sambungan Internet secepat mungkin.



#unifiAlerts Insiden kebakaran kabel telah memberi kesan kepada sebilangan pelanggan unifi di Tawau dan Lahad Datu. Kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan. pic.twitter.com/KrBeUV6jsM


— unifi (@unifi) February 12, 2019



Berita sedang dikemaskini


Norlida Ishak Shop